Selasa, 26 Februari 2013

Sejarah Nestle

0 ulasan
Sejarah Nestle


Nestlé ialah sebuah syarikat pembuat makanan berpakej multinasional yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang didirikan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi. Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan. Reputasi korporat 1Nestlé merupakan antara yang tertinggi di kalangan syarikat-syarikat besar Switzerland. Saham-saham syarikat ini disenaraikan dalam SWX Swiss Exchange. Sesetengah amalan perniagaan Nestlé pernah diselubungi kontroversi, terutamanya kes yang mana susu bayi dipasarkan di negara-negara membangun, lalu mencetuskan pemboikotan Nestlé.

Sebutan yang tepat bagi nama Nestlé ialah [ˈnɛstle], kerana nama tersebut dipetik daripada nama seorang tokoh yang berasal dari satu bahagian di negara Switzerland yang berbahasa Perancis. Ramai orang di negara-negara berbahasa Inggeris sering tersilap sebut nama ini sebagai "Nestlé's" [ˈnɛsəłz], sepertimana kata kerja bahasa Inggeris nestle.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...