Rabu, 27 Februari 2013

Pelbagai Peristiwa Semasa Revolusi Di Iran

0 ulasan
Ogos 1978: Serangan Pembakaran Abadan

Ketika keadaan Iran di dalam kekabutan, sebuah panggung wayang di Abadan, Panggung Wayang Cinema Rex Fire, dibakar menyebabkan 400 nyawa terkorban. Para revolusi menyalahkan SAVAK dan mendakwa badan itu bertanggungjawab terhadap kejadian ini. Mereka mendakwa kebakaran ini sengaja dilakukan untuk menjerat kumpulan revolusi Islam. Keesokannya, seramai 10,000 saudara mara mangsa korban berkumpul di majlis pengebumian sambil melaungkan bantahan mereka terhadap Shah Mohammad.

September 1978: Jumaat Hitam (Black Friday)

Pada bulan September, seluruh negara kini mengalami ketidakstabilan. Protes terhadap Shah menjadi rutin setiap hari. Shah Mohammad pula menguatkuasakan pemerintahan tentera dan melarang semua demonstrasi.

Pada hari Jumaat 8 September, sebuah rusuhan tercetus di Tehran. Kumpulan ulama mendakwa bahawa "ribuan nyawa dibunuh oleh kumpulan zionis". Kumpulan tersebut sebenarnya adalah etnik Kurdi dan jumlah korban pula adalah sekitar 700 nyawa. Sebuah mogok umum dilaksanakan pada bulan Oktober yang terus melumpuhkan ekonomi Iran dan menyebabkan banyak industri utama terpaksa diberhentikan. Pada tahap ini, "takdir Shah Mohammad Reza telah pun ditentukan.

Disember 1978: Protes Muharram

2 Disember 1978 :
Protes Muharram berlaku. Seramai 2 juta rakyat Iran memenuhi jalan-jalan di Tehran, sekitar Dataran Azadi. Protes adalah untuk mendesak Shah Mohammad turun takhta dan membenarkan Khomeini kembali semula ke Iran.
1979: Shah Melarikan Diri Dan Kejayaan Revolusi

16 Januari 1979 :
Shah Mohammad dan permaisuri beliau meninggalkan Iran atas nasihat perdana menteri beliau, Dr. Shapour Bakhtiar dan beberapa jam kemudian, semua simbol Shah Mohammad dirobohkan oleh penduduk awam. 

Dr. Shapour kemudiannya:

1-Membubarkan SAVAK

2-Membebaskan tahanan politik

3-Menjanjikan pilihan raya umum bebas dan membenarkan demonstrasi awam semula. 

Beberapa hari selepas itu, beliau membenarkan Ayatollah untuk pulang ke Iran. Beliau turut meminta agar kumpulan revolusi lain untuk memelihara semula perlembagaan Iran.

Februari 1979: Khomeini Pulang Ke Tehran

Pada 1 Februari, 1979, Khomeini pulang semula ke Iran. Kepulangan beliau disambut dengan meriahnya oleh ribuan rakyat Iran. Namun begitu, Khomeini tidak bersetuju dengan kerajaan Shapour menyebabkan berlakunya konflik bersenjata antara penyokong Khomeini (termasuklah beberapa bahagian tentera Iran) dengan penyokong Shapour. Penyokong revolusi-Khomeini dan tentera yang berpihak kepada revolusi mula menguasai balai polis, markas tentera dan mengedarkan senjata kepada penduduk awam. Pada 11 Februari, kerajaan Shapour kalah dalam konflik ini apabila Majlis Agung Tentera mengumumkan bahawa ia berpendirian neutral untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...