Rabu, 27 Februari 2013

Naiknya Ayatollah Khomeini

0 ulasan
1960 : Naiknya Ayatollah Khomeini

Ayatollah Khomeini

Ayatollah Khomeini, pemimpin revolusi Iran ini mula menampilkan dirinya dalam arena politik sekitar awal tahun 1963. Beliau mengetuai kumpulan pembangkang menentang kerajaan Shah dan rancangan Revolusi Putih beliau.

Antara perkara-perkara yang diperdebatkan oleh Ayatollah ialah:

1. Hak mengundi untuk perempuan.

2. Perubahan undang-undang pilihan raya yang membenarkan kumpulan agama minoriti memegang vjawatan tinggi dalam kerajaan.

3. Perubahan dalam undang-undang perkahwinan.

Kemudiannya, beliau mengisytiharkan Shah telah "memulakan proses kehancuran Islam di Iran".
Disebabkan oleh pengisytiharan beliau, Khomeini ditangkap pada 5 Jun 1963 dan 3 hari selepas itu rusuhan berlaku di seluruh Iran. Pihak polis bertindak balas dengan menggunakan kekerasan terhadap perusuh-perusuh ini. Menurut laporan daripada kerajaan Pahlavi, seramai 86 orang terbunuh. 

Penyokong Khomeini pula mendakwa sekurang-kurangnya 1500 terbunuh manakala pihak polis yang dibentuk selepas revolusi mengumumkan lebih daripada 380 orang terkorban. Khomeini ditahan di rumah beliau selama 8 bulan dan kemudiannya dibebaskan. Setelah pembebasan beliau, Khomeini meneruskan kegiatan beliau mengkritik Shah terutamanya mengenai hubungan rapat Shah dengan Israel dan juga "penganugerahan" imuniti diplomatik pegawai tentera Amerika di Iran. Pada November 1964, Khomeini sekali lagi ditangkap dan kali ini beliau dibuang negeri selama 14 tahun dan kembali semula ketika revolusi.

Selepas buangan Ayatollah, tentangan terhadap Shah ditekan atau disekat oleh SAVAK dan ini menghasilkan keadaan tenang buat seketika. Namun, pada masa yang sama, terdapat gerakan pemulihan Islam dan gerakan ini mendapat sokongan yang jauh lebih hebat daripada proses permodenan Shah. Idea Khomeini mengenai negara Islam di dalam tulisan beliau, “Wilayat Al-Faqih” mendapat sambutan yang hebat. Menurut Khomeini, umat Islam haruslah mengaplikasikan undang-undang sharia dan untuk menguatkuasakan undang-undang ini, kerajaan Islam haruslah diperintah oleh ulama.

Walaupun Khomeini jarang menyentuh mengenai buku ini dalam temu ramah beliau di luar negara tetapi di Iran, ia disebarkan dengan meluasnya. Buku ini kemudiannya menjadi sumber inspirasi dalam pemberontakan rakyat Iran terhadap Shah Reza.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...