Dalam era moden ini Iran boleh dianggap tidak jauh nasibnya dengan Israel. Sebagai satu-satunya negara Islam Syiah, Iran boleh dikatakan telah dipulau oleh semua negara-negara Islam Sunnah. Dan dengan hubungan mereka dengan AS yang memang tidak pernah baik hanya menjadikan situasi Iran lebih teruk dan bersifat negatif. Jadi Iran terpaksa menerima apa saja bantuan dan kerjasama yang ada untuk terus bernafas. Sewaktu perang Iran-Iraq, Iraq yang pada ketika itu diperintah oleh Saddam Hussein adalah Ahmadinejad sekarang. Saddam Hussein begitu ghairah mahu menghapuskan negara Israel bagi membuktikan pada negara-negara Arab yang lain bahawa Iraq bukanlah negara boneka AS. Namun pergeseran Syiah-Sunnah turut menjerumuskan Iran dan Iraq ke kancah peperangan dan Israel segera mengambil kesempatan dengan membantu Iran yang dianggapnya kurang memberikan ancaman kepada mereka berbanding Iraq. Dan kini sejarah bagai kembali berulang dengan Iran cuba membuktikan pada dunia Islam yang mereka tidak memusuhi negara Islam yang lain hanya kerana mereka penganut fahaman Sunnah dengan menyatakan kebencian terhadap kewujudan Israel secara terbuka (that’s the easiest way to prove because to us Muslim, Palestine issue is really sensitive). Namun sudah tentulah Israel tidak berpuas hati dengan kenyataan Iran itu dan menyebabkan pergeseran pada hubungan yang asalnya agak neutral. Namun hubungan kedua-dua negara menjadi benar-benar tegang sejak beberapa tahun ini apabila Iran dikatakan sedang cuba membangunkan tenaga nuklear bagi kegunaan ketenteraan.
Secara Umum,berpendapat Israel bimbang jika Iran memiliki peluru berpandu balistik nuklear maka ia akan dilancarkan ke Israel. Namun, kenyataan yang dikeluarkan itu adalah salah kerana jika Iran melancarkan serangan nuklear ke Israel, bukan sekadar Amerika malah semua negara Islam akan turut sama mengganyang Iran kerana bagi kita umat Islam berfahaman Sunnah, Baitul Muqadis juga adalah kota suci. Meleburkan Baitul Muqadis is out of question! Israel juga amat mengetahui dan jelas tentang perkara tersebut. Melancarkan peluru berpandu balistik nuklear ke Baitul Muqadis tidak akan berlaku kerana ia umpama melancarkan perang ke atas penganut agama Kristian, Islam dan Judaisma secara serentak.
Selain itu, antara sebab kenapa Israel bimbangkan pembangunan tenaga nuklear Iran ialah kerana Israel mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya negara kuasa nuklear di timur tengah. Dan dengan Iran yang sentiasa dibenci negara-negara jiran Islam yang lain khususnya Arab Saudi, dengan memiliki senjata nuklear akan memberikan alasan kepada negara-negara seperti Arab Saudi, Turki, Mesir dan yang lain-lain untuk turut membangunkan senjata nuklear. Dan berdasarkan situasi pada negara-negara ini sekarang di mana Arab Saudi sudah tentunya membenci Israel dan Turki pula semakin menjauhkan diri dari Israel sementara senario politik Mesir pula semakin cenderung ke arah puak konservatif Islam.
Disamping itu juga, Israel pernah cuba memujuk Iran agar melupakan hasrat untuk membangunkan teknologi nuklear mereka namun Iran seperti juga Israel bimbangkan ancaman negara-negara jirannya telah berkeras untuk meneruskan hasrat mereka dan Israel tidak mampu menahan hasrat Iran itu. Israel tidak ada jalan lain kecuali meminta sokongan AS dalam menangani masalah inidan sekatan ekonomi telah dikenakan ke atas Iran. Namun jelas sekali sekatan ekonomi adalah sesuatu yang kurang efektif. Iran belajar dari apa yang berlaku ke atas Iraq. Iraq sebelum ini mengambil pendekatan mengasingkan diri dari dunia antarabangsa dengan menuduh dunia bersekongkol dengan AS dan enggan memberikan kerjasama dengan mana-mana pihak hatta pihak yang bersimpati dengan mereka sekali pun. Mereka menutup pintu dari dunia luar secara rapat. Namun tidak Iran. Sejak dikenakan sekatan ekonomi oleh AS sejak beberapa tahun yang lalu, Iran gigih menjalinkan hubungan ekonomi, diplomatic malah ketenteraan dengan negara-negara di seluruh dunia. Dan dalam diam-diam turut menjalinkan kerjasama perniagaan dengan beberapa firma korporat AS disebalik sekatan dan halangan ekonomi. Jadi sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Iran dijangka akan gagal dalam usaha menghalang usaha Iran dari meneruskan program nuklear mereka. Sekatan ekonomi mungkin memberikan impak namun tidak seteruk seperti yang dijangkakan. Dengan kebijaksanaan Iran melakukan aktiviti import-eksport mereka secara senyap dan rahsia, mereka juga mendapat sokongan dari negara-negara yang tidak sebulu dengan AS seperti Cuba dan Venezuela sementara dua buah kuasa besar iaitu Russia dan China pula mempunyai kepentingan ekonomi yang sangat besar dengan Iran dan mereka tidak akan menurut kehendak AS dengan membabi buta.
Peranan Iran sebagai pengeksport minyak kedua terbesar ke Eropah juga menjadikan sekatan ekonomi ke atas mereka agak sukar untuk dipatuhi negara-negara terlibat. Walaupun Arab Saudi menyatakan akan menambah eksport minyak ke Eropah namun ada negara-negara EU yang bergantung harap terhadap minyak Iran. Antaranya Netherland, Perancis, Sepanyol, Greece, Portugal dan Italy. Namun, Italy dan Greece telah mengambil tindakan menghentikan import minyak mereka dari Iran dan apa yang terjadi ialah keadaan ekonomi mereka yang semakin buruk akibat kenaikan bahan bakar yang melambung. Lalu tindakan yang sama tidak diambil oleh empat buah negara lain (sesuatu yang amat menyakitkan hati AS). Begitu juga dengan sekatan ke atas bank-bank antarabangsa Iran dan bank-bank yang berurusan dengan Iran. Bank-bank ini telah mencari jalan bagaimana mahu berurusan menggunakan jalan belakang kerana jumlah kerugian yang bakal mereka tanggung adalah amat besar sehingga mampu menjejaskan ekonomi negara-negara mereka sendiri. Dan dalam senyap kerajaan negara masing-masing mengizinkan urusniaga bank-bank ini dengan Iran.
Israel menyedari akan betapa tidak efektifnya sekatan ekonomi ke atas Iran walaupun cuba diyakinkan AS bahawa sekatan ekonomi ini akan memakan masa untuk memberikan kesan ke atas Iran namun Israel semakin tidak sabar. Mereka yakin Iran sedang cuba mengejar masa untuk membangunkan senjata nuklear mereka. Mereka yakin dalam tempoh setahun Iran akan mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 4 kepala peluru berpandu nuklear. Jadi Israel telah berusaha keras untuk menggesa AS agar bersetuju dan menyokong mereka dalam usaha untuk menyerang Iran. Israel dikatakan beria-ia mahu menyerang Iran kerana yakin Iran sedang cuba memindahkan pengkayaan uraniumnya serta operasi program nuklearnya ke fasiliti bawah tanah yang digelar sebagai zon imuniti di Fordo berhampiran Bandar Qom yang tidak akan terjejas jika mengalami serangan udara oleh Israel. Malah menurut sumber risikan menyatakan Israel akan melancarkan serangan tanpa terlebih dahulu memaklumkannya kepada pihak Amerika.
Namun kemungkinan Israel akan menyerang Iran adalah sesuatu yang tidak mungkin dilakukan. Ini berdasarkan kepada beberapa faktor:
1) penganalisis pertahanan Israel menjangkakan serangan ke atas Iran akan gagal atau kalau sekiranya berjaya, Israel akan kemungkinan terpaksa membayar dengan harga yang tinggi. Perlu diingat, Idea Israel untuk menyerang Iran ialah dengan melancarkan serangan kilat yang akan melumpuhkan kekuatan ketenteraan Iran tanpa memanjangkan serangan tersebut sehingga membawa kepada peperangan yang berpanjangan. Dan itu adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan memandangkan kekuatan ketenteraan Iran yang berdiri secara tunggal (tidak bergantung pada negara-negara tertentu secara mutlak). Dan sebab ini Israel cuba untuk menangguhkan serangan ke atas Israel untuk meningkatkan keupayaan serangan dan pertahanan ketenteraan mereka.
2) perbezaan pendapat dikalangan pihak pentadbiran dan pertahanan Israel sendiri berkenaan rancangan untuk menyerang Iran. Netanyahu dengan sokongan Ehud Barak adalah antara individu yang begitu kuat melobi bagi mendapatkan sokongan kabinet pada rancangan tersebut namun ketua turus Israel, Gabin Ashkenazi dan ketua Mossad, Meir Dagan membantah keras idea tersebut. Ini kerana terdapat percanggahan pendapat dikalangan mereka kerana pihak risikan Mossad percaya walaupun Iran berjaya menghasilkan kepala peledak nuklear, ia akan memakan masa sekurang-kurangnya lima tahun lagi sebelum ia boleh diaplikasikan sebagai peluru berpandu balistik. Selain itu, ketidak-sepakatan mereka juga mungkin berkait rapat dengan sebab ketiga yang dinyatakan dibawah.
3) kurangnya sokongan dari sekutu kuat Israel sendiri iaitu Amerika Syarikat akan idea menyerang Iran. Amerika Syarikat dan Barack Obama sebenarnya tidak begitu menggemari idea untuk menyerang Iran bagi menyekat usah Iran memiliki kemampuan nuklear. Masih lagi menanggung kesan yang parah akibat perang di Iraq dan Afghanistan, Amerika seboleh-bolehnya mahu menjauhkan diri dari mana-mana konflik bersenjata. Ditambah lagi dengan situasi ekonomi di AS dan juga Eropah yang begitu menekan, sebarang konflik bersenjata boleh dianggap sebagai tanah jerlus yang akan menelan semua sumber kewangan dan mensia-siakan usaha pemulihan ekonomi yang telah dilakukan (lagipun pencerobohan di Afghanistan dan Iraq turut menyumbang kepada kemelesetan ekonomi AS dan Eropah). Malah hubungan di antara pemimpin Israel dengan Barack Obama yang tidak serapat sewaktu era Bush hanya menyukarkan lagi Israel dalam mendapatkan sokongan dari AS dalam hal ini. Rumah Putih juga telah memberikan peringatan yang keras tidak akan bertanggungjawab akan sebarang kesan ke atas Israel sekiranya Israel bertindak secara bersendirian tanpa terlebih dahulu memaklumkannya kepada AS. Ada juga khabar-khabar angin yang menyatakan Israel sedang menantikan pilihanraya presiden AS yang akan datang dan yakin parti Republikan akan kembali ke Rumah Putih dan republican akan lebih mudah diyakinkan untuk memberikan sokongan terhadap hasrat mereka berbanding Demokrat dan Barack Obama.
Jadi jelas sekali Israel tidak akan bertindak selagi mana mereka tidak mendapat jaminan sokongan daripada AS. Israel mampu menyerang Iran dan memusnahkan pusat operasi program nuklearnya namun Israel tidak akan mampu menghadapi kesan dari serangan tersebut. Sudah tentu kesan dari serangan tersebut akan menggoyahkan lagi ekonomi dunia yang sudah sedia lemah. Jadi, negara-negara Eropah tidak akan memberikan sokongan malah akan menghentam Israel. Antaranya ialah Britain, sekutu paling kuat Israel di Eropah juga telah memberikan peringatan agar Israel tidak bertindak sewenang-wenangnya. Bererti Britain sudah pasti akan menjauhkan diri sekiranya Israel meneruskan juga hasratnya menyerang Iran tanpa mendapat restu dari AS. Israel juga belajar dari sejarah separtimana perang Suez pada 1956 yang dimenangi oleh Israel, telah ditentang oleh pentadbiran Eisenhower menyebabkan mereka dipinggirkan diperingkat antarabangsa.
Juateru, Israel hanya mampu bertindak secara halus dengan menggunakan proksi-proksinya yang cuba menjatuhkan Ahmadenijad. Mossad dikatakan telah memberikan bantuan teknikal dan taktikal kepada pergerakan pengganas Iran iaitu People Mujahedin of Iran atau MEK yang dikatakan bertanggungjawab menyebabkan program nuklear Iran terbantut akibat serangan virus computer dan juga pembunuhan saintis-saintis nuklear Iran. Namun Iran juga turut melakukan perkara yang sama apabila membekalkan senjata kepada pihak Hezbolah dan Hamas dalam usaha mereka menyerang Israel. Jelas sekali kedua-dua belah pihak tidak begitu mendambakan peperangan malah menyedari kesan buruk yang akan menimpa kedua-dua belah pihak sekiranya perang meletus akibat serangan Israel ke atas Iran. Namun selagi mana Iran berkeras untuk meneruskan program pengkayaan uraniumnya dan Israel berkeras untuk menghalang Iran dari menjadi kuasa baru nuklear dunia, hanya masa yang akan menentukan samada perang Israel-Iran ini akan tercetus. Dan sekiranya ia tercetus, maka kita di dunia sebelah sini akan turut terkena tempiasnya
0 ulasan:
Catat Ulasan