Rabu, 27 Februari 2013

Politik Di Iran

0 ulasan
Situasi Politik Di Iran

Selepas Revolusi Iran, politik Iran mengalami keributan akibat Perang Iran Iraq, perebutan kuasa politik dan juga kondisi ekonomi yang terjejas teruk. Iran juga mempunyai hubungan yang keruh dengan Amerika selepas revolusi itu berikutan penawanan kedutaan Amerika di Teheran oleh sekumpulan mahasiswa Iran. Pada hari ini, Switzerland bertanggungjawab menjadi perwakilan Amerika di Iran.

Pemimpin Agung

Rencana utama: Pemimpin Agung Iran

Pemimpin Agung Iran bertanggung jawab terhadap kebijakan umum Republik Islam ini. Beliau juga merupakan ketua pasukan bersenjata Iran dan juga mempunyai kuasa mengisytiharkan perang. Tanggung jawab lain pula ialah sebagai ketua kehakiman, ketua rangkaian radio dan televisyen, dan juga berkuasa melantik enam daripada dua belas ahli Majlis Wali Iran. Pemimpin Agung dilantik oleh Majlis Pakar dan majlis ini juga berkuasa memecat beliau. Selain itu, Majlis Pakar juga bertanggung jawab mengawasi kerja-kerja Pemimpin Agung.

Kuasa Eksekutif

Rencana utama: Presiden Iran

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Iran, Presiden Iran adalah orang kedua tertinggi dalam kerajaan Iran. Presiden Iran dilantik melalui pilihan raya umum dan akan menjalankan tugas selama empat tahun. Semua rakyat Iran yang berumur 18 tahun dan ke atas berhak mengundi untuk presiden. Setiap calon presiden pula haruslah mendapat kelulusan daripada Majlis Wali Iran sebelum menjalankan tugas. Tanggung jawab presiden pula ialah memastikan perlembagaan Iran dilaksanakan dan juga melaksanakan kuasa eksekutif kecuali bidang kuasa yang berhubung terus dengan Pemimpin Agung. Presiden juga mempunyai kuasa melantik dan mengawasi ahli-ahli kabinet, membuat keputusan bagi pihak kerajaan, dan juga meluluskan beberapa kebijakan kerajaan sebelum dibawa ke badan perundangan. Sehingga ke hari ini, terdapat 10 timbalan presiden berkhidmat dibawah presiden dan juga terdapat 21 menteri bertugas dibawah pimpinan presiden dan perlantikan mereka haruslah mendapat kelulusan badan perundangan. Tidak seperti republik-republik lain, Presiden Iran tidak mempunyai kuasa dalam pasukan bersenjata walaupun beliau berkuasa melantik Menteri Pertahanan dan Perisikan dan perlantikan ini haruslah mendapat kelulusan Pemimpin Agung.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...