Tunjuk perasaan membawa potret Ayatollah Khomeini sebagai tanda sokongan mereka terhadap beliau. |
Revolusi Iran (turut dikenali sebagai Revolusi Islam. Dalam Bahasa Parsi: "Enghelab Eslami") انقلاب اسلامی, adalah sebuah revolusi yang mengubah kerajaan Iran daripada sistem pemerintahan monarki kepada sistem Republik Islam. Pertukaran ini dibuat melalui pungutan suara rakyat Iran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, setelah beliau berjaya mengusir raja Iran terakhir, Shah Mohammad Reza Pahlavi keluar dari Iran.
Revolusi ini adalah sebuah gerakan yang unik kerana kejayaannya mengejutkan seluruh dunia. Sebab ia sesuatu yang unik kerana ia bukanlah berpunca daripada kekalahan dalam peperangan, krisis kewangan ataupun pemberontakan golongan bawahan mahupun tindakan ketenteraan; seperti revolusi-revolusi lain dalam sejarah bertulis manusia. Revolusi Iran berlaku dengan pantasnya dan berjaya menjatuhkan sebuah rejim yang dilengkapi dengan kuasa tentera yang kuat dan hebat; dan rejim ini digantikan dengan sistem pemerintahan teokrasi yang diundi berdasarkan tahap kemuliaan seseorang itu.
Revolusi ini terjadi kepada 2 peringkat:
• Peringkat pertama : pertengahan 1977 hingga tahun 1979 yang dipimpin oleh pihak liberal, golongan haluan kiri dan kumpulan agama. Kesemua mereka memberontak menentang Shah Iran.
• Peringkat kedua (Revolusi Islam) : menyaksikan naiknya Ayatollah menjadi pemimpin revolusi.
0 ulasan:
Catat Ulasan