Selasa, 26 Februari 2013

Prinsip Operasi Perniagaan Nestle Di Malaysia

0 ulasan
Sepuluh Prinsip Operasi Perniagaan Nestle Di Malaysia
 
Para pengguna.

1. Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan.

Matlamat utama kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan para pengguna setiap hari, di mana jua dengan menawarkan pilihan makanan dan minuman yang lebih lazat dan lebih berkhasiat serta menggalakkan gaya hidup sihat. Kami menzahirkannya menerusi saranan korporatkami iaitu Good Food,  Good Life.

2. Jaminan kualiti dan keselamatan produk.

Di mana sahaja di dunia, nama Nestlé mewakili janji kepada pengguna bahawa produk Nestlé adalah selamat dan mempunyai piawaian yang tertinggi.

3. Komunikasi pengguna.

Kami komited terhadap komunikasi pengguna yang bertanggungjawab serta boleh dipercayai yang memperkasakan pengguna untuk melaksanakan hak mereka terhadap pilihan yang berdasarkan maklumat dan menggalakkan diet yang lebih menyihatkan. Kami juga menghormati privasi pengguna.

Amalan-amalan hak asasi manusia dan buruh.

4. Hak asasi manusia dalam aktiviti perniagaan kami.

Kami memberi sokongan penuh terhapap prinsip-prinsippanduan Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC) berhubung hak asasi manusia dan buruh serta bermatlamat untuk menjadi teladan hak asasi manusia dan amalan buruh yang baik menerusi aktivitiaktiviti perniagaan kami.

Warga kerja kami.

5. Kepimpinan dan tanggungjawab peribadi.

Kejayaan kami berdasarkan warga kerja kami. Kami melayan satu sama lain dengan rasa hormat dan harga diri serta mengharapkan setiap orang menggalakkan rasa tanggungjawab peribadi. Kami memilih warga kerja yang berdayasaing dan bermotivasi yang menghormati nilai-nilai kami, menyediakan peluang setara untuk perkembangan dan kemajuan mereka serta melindungi privasi mereka dan tidak bertolak-ansur terhadap sebarang bentuk gangguan atau diskriminasi.

6. Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Kami komited untuk mencegah kemalangan, kecederaan dan penyakit berkaitan kerja serta melindungi warga kerja, kontraktor dan mereka yang terlibat di sepanjang rangkaian nilai.
Para pembekal dan pelanggan.

7. Hubungan pembekal dan pelanggan.

Kami mengkehendaki para pembekal, ejen, subkontraktor dan warga kerja mereka untuk mempamerkan kejujuran, integriti dan keadilan, serta mematuhi piawaian kami yang tidak boleh dirunding. Dalam cara yang sama, kami komited terhadap pelanggan kami sendiri.

8. Pertanian dan pembangunan luar Bandar.

Kami menyumbang kepada penambahbaikan dalam pengeluaran pertanian, status sosial dan ekonomi kaum petani, masyarakat luar Bandar dan dalam sistem pengeluaran untuk menjadikannya lebih mampan dari segi alam sekitar.

Alam sekitar.

9. Kemampanan alam sekitar.

Kami memberi komitmen terhadap amalan perniagaan yang mampan dari segi alam sekitar. Kami berusaha untuk menggunakan sumber semulajadi secara berkesan di setiap peringkat kitaran hayat produk tersebut, memilih untuk menggunakan sumbersumber boleh diperbaharui yang diuruskan secara berterusan dan berusaha mencapai pembaziran sifar.

10. Air.

Kami komited terhadap penggunaan air yang mampan dan peningkatan berterusan dari segi pengurusan air. Kami sedar bahawa dunia menghadapi cabaran air yang kian meningkat dan pengurusan sumber-sumber dunia secara bertanggungjawab oleh semua pengguna air adalah satu keperluan yang penting.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...