Komuniti Islam Di Vietnam.
Tidak dapat dipastikan bilakah tarikh sebenar islam mula tersebar ke Vietnam. Namun menurut penduduk tempat, agama islam tiba di Vietnam sebelum islam tiba di China sewaktu zaman pemerintahan dinasti Tang (618M-907M). Islam diperkenalkan dan disebar secara meluas oleh pedagang dari dunia islam yang berdagang di sepanjang bandar pesisir pantai Vietnam.
Sebuah Masjid Komuniti Islam di Vietnam. |
"Setelah melalui selat Melaka, dikenali oleh pedagang arab sebagai Salaht (Selat), pedagang arab terus melalui Pulau Tioman. Setelah itu melalui seluruh Thailand dan indo-china, mereka berhenti di sebuah pelabuhan yang dinamakan pelabuhan Sanf, sebuah pelabuhan di empayar pemerintahan kerajaan Champa di perairan timur, kemudian mereka tiba di sebuah pulau di perairan tersebut yang dikenali sebagai Sanf Fulaw (disebut sebagai "Sandar Fulat" oleh pedagang arab). Daripada pulau tersebut, mereka membuat pusingan di sekitar teluk Tongking dan ke Hanoi, yang dikenali pedagang arab sebagai Luqin. Setelah itu mereka menuju ke destinasi terakhir iaitu Canton, yang digelar oleh pedagang sebagai Khanfu."
Apa yang dapat dipastikan adalah pada kurun ke-11, Islam telah bertapak di Vietnam berdasarkan penemuan 2 batu nisan kubur milik masyarakat muslim Champa, yang bertarikh awal kurun ke-11.
Komuniti Islam di Vietnam, Seiras Masyarakat Islam Melayu Malaysia. |
Sebelum meneruskan perbicaraan kita mengenai islam di Vietnam, kita seharusnya menyelusuri susur-galur masyarakat Champa itu sendiri. Kerajaan Champa telah diasaskan pada kurun ke-2 masehi dan rekod terakhir yang ditemui menunjukkan tamadun Champa bertahan sehingga kurun ke-17. Kawasan penempatan mereka terbentang luas di bahagian tengah daratan yang sekarang merupakan kawasan/wilayah Vietnam moden iaitu meliputi Hoành Sin massif (Müi Run) di bahagian utara sehingga Phan Thitt (Müi Kê Gà) di kawasan paling selatan. Penduduk kawasan ini merupakan kaum Melayu-Polynesia dengan bercirikan tradisional sara diri.
Setibanya islam di champa, ramai masyarakat Champa mengadaptasikan islam ke dalam kehidupan mereka. Sementalahan pula, sekitar diantara tahun 1607M dan 1676M, salah seorang raja Champa telah memeluk islam dan menjadi seorang Muslim yang telah menyebabkan ramai rakyat Champa turut menuruti agama raja mereka iaitu Islam.
Selepas berkurun pemerintahan raja Champa, perlahan-lahan kawasan empayar raja champa mengecil akibat ditawan satu persatu sehinggalah akhirnya pada akhir kurun ke-17, seluruh empayar champa telah ditakluki raja Vietnam dan budaya hidup Vietnam kembali bertapak. Sewaktu penaklukan oleh raja Vietnam iaitu Minh Moung, ramai masyarakat islam champa telah ditindas dengan zalim kerana berlainan anutan. Untuk memastikan kelangsungan kehidupan islam masyarakat Champa, Raja Muslim terakhir Champa iaitu Pô Chin, mengambil keputusan mengumpulkan seluruh masyarakat islam champa termasuk di kepulauan dan tanah besar untuk berhijrah ke selatan kemboja (Cambodia). Dan dari situ mereka terus berhijrah sehingga ke kawasan negeri Terengganu moden sekarang. Kawasan yang didiami mereka sehingga kini masih wujud dan dikenali sebagai Kampung Cham.
Namun masih terdapat beberapa keluarga muslim champa yang tidak berhijrah dan masih menetap di sepanjang sungai Mekong di Vietnam. Dianggarkan terdapat 13 keluarga yang tidak berpindah dan kekal menetap di sana. Tahun demi tahun berlalu, guru agama di sana semakin berkurangan dan akhirnya saki-baki masyarakat islam di sana telah mengambil inisiatif dengan menghantar anak-anak muda mereka mendalami ilmu agama islam dan syariat di negeri Kelantan (Malaysia). Setelah selesai mendalami ilmu agama, mereka terus pulang untuk mengajarkan ilmu agama di kampung halaman yang berjumlah 13 buah kampung itu. Seramai 13 keluarga yang tidak berhijrah tadi telah membentuk 13 buah kampung berasingan yang saling tolong-menolong antara mereka akibat dipinggirkan kerajaan mereka sendiri. Selain itu, hubungan yang rapat antara pedagang islam yang berdagang di kawasan pelabuhan Sungai Mekong telah menyebabkan mereka mendapat sokongan moral dan ilmu dari pedagang muslim tersebut.
Naskah Al-Quran Tulisan Tangan Yang Menjadi Bacaan Komuniti Islam Di Vietnam |
Selain masyarakat islam Champa, terdapat juga komuniti islam kaum Vietnam. Selepas 30 April 1975, Sewaktu ramai komuniti islam di Vietnam berada di bawah kekuasaan rejim komunis yang kejam, terdapat bilangan yang besar komuniti islam Vietnam yang telah berpindah dan berhijrah ke negara lain akibat kekejaman rejim komunis vietnam. Kebanyakan mereka kini menetap di Amerika, Perancis, Malaysia, India, Kanada dan sesetengahnya di Australia.
Terdapat 3 jenis kaum di Vietnam yang menganut agama islam :
1. Muslim Champa: Mereka merupakan antara kaum asli Vietnam yang memeluk islam secara keseluruhanya dan memiliki pemerintahan sendiri sebelum diserang raja Vietnam.
2. Muslim perkahwinan campur: Mereka merupakan kelompok islam champa yang menganut islam dan berkahwin campur dengan bangsa lain seperti Arab, India, Indonesia, Malaysia and Pakistan.Mereka turu berkahwin diantara sesama orang Vietnam yang telah memeluk islam. Mereka membentuk kelompok kedua terbesar dalam keseluruhan komuniti islam Vietnam.
3. Orang Vietnam Masuk Islam: Mereka (masyarakat Vietnam) telah tertarik dengan peribadi pedagang islam yang datang ke pelabuhan mereka. Mereka secara sukarela telah mempelajari mengenai islam dan akhirnya dengan rela hati menganut agama islam. Sebagai contohnya sebuah perkampungan di Tân Bzu dalam wilayah Tân di mana seluruh penduduk di pekampungan itu secara rela hati memeluk agama islam.
0 ulasan:
Catat Ulasan