Khamis, 28 Februari 2013

Vietnam Dan Kerjasama Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

0 ulasan
Vietnam Dan Kerjasama Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

Kemboja dan Vietnam yang mempunyai penduduk minoriti Muslim perlu diberi perhatian dan bantuan terutamanya dari sudut keperluan pendidikan. Ini adalah maklumat dan pengalaman yang dikongsi bersama oleh dua pegawai dari Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) dan sebelas peserta Kursus Imam Kemboja dan Vietnam 1/2009 anjuran RISEAP dalam pertemuan di Jakim pada 15 Julai 2009 Masihi bersamaan 22 Rejab 1430 Hijrah.
 


Kursus yang melibatkan imam-imam dari kedua-dua buah negara ini merupakan inisiatif dan hasil usaha RISEAP dalam mengembangkan dakwah dan sumbangan dalam bentuk pendidikan di negara minoriti Islam ini. Pertemuan diadakan di Dewan Syura, Aras 9, Jakim dan dipengerusikan oleh Haji Awang Khalid bin Mat Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa. Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah wakil-wakil Bahagian Jakim.
 

Dalam pertemuan tersebut, anggota delegasi didedahkan dengan peranan dan fungsi Jakim secara menyeluruh menerusi persembahan video korporat Jakim versi bahasa Melayu. Semasa sesi dialog, kedua-dua pihak berkongsi maklumat dan pengalaman tentang pengurusan hal ehwal Islam di negara masing-masing. Selain itu, perbincangan dua hala mengenai isu semasa dunia Islam terutamanya berkaitan bantuan kepada umat Islam di negara minoriti penduduk yang beragama Islam turut mengambil tempat.

Di akhir majlis, kedua-dua pihak mengharapkan jalinan kerjasama yang lebih erat khususnya dalam hal ehwal agama Islam dapat dijana dan diteruskan pada masa hadapan.
Read more...

Komuniti Islam Di Vietnam

0 ulasan
Komuniti Islam Di Vietnam.

Tidak dapat dipastikan bilakah tarikh sebenar islam mula tersebar ke Vietnam. Namun menurut penduduk tempat, agama islam tiba di Vietnam sebelum islam tiba di China sewaktu zaman pemerintahan dinasti Tang (618M-907M). Islam diperkenalkan dan disebar secara meluas oleh pedagang dari dunia islam yang berdagang di sepanjang bandar pesisir pantai Vietnam. 

Sebuah Masjid Komuniti Islam di Vietnam.

"Setelah melalui selat Melaka, dikenali oleh pedagang arab sebagai Salaht (Selat), pedagang arab terus melalui Pulau Tioman. Setelah itu melalui seluruh Thailand dan indo-china, mereka berhenti di sebuah pelabuhan yang dinamakan pelabuhan Sanf, sebuah pelabuhan di empayar pemerintahan kerajaan Champa di perairan timur, kemudian mereka tiba di sebuah pulau di perairan tersebut yang dikenali sebagai Sanf Fulaw (disebut sebagai "Sandar Fulat" oleh pedagang arab). Daripada pulau tersebut, mereka membuat pusingan di sekitar teluk Tongking dan ke Hanoi, yang dikenali pedagang arab sebagai Luqin. Setelah itu mereka menuju ke destinasi terakhir iaitu Canton, yang digelar oleh pedagang sebagai Khanfu."

Apa yang dapat dipastikan adalah pada kurun ke-11, Islam telah bertapak di Vietnam berdasarkan penemuan 2 batu nisan kubur milik masyarakat muslim Champa, yang bertarikh awal kurun ke-11.
 
Komuniti Islam di Vietnam, Seiras Masyarakat Islam Melayu Malaysia.

Sebelum meneruskan perbicaraan kita mengenai islam di Vietnam, kita seharusnya menyelusuri susur-galur masyarakat Champa itu sendiri. Kerajaan Champa telah diasaskan pada kurun ke-2 masehi dan rekod terakhir yang ditemui menunjukkan tamadun Champa bertahan sehingga kurun ke-17. Kawasan penempatan mereka terbentang luas di bahagian tengah daratan yang sekarang merupakan kawasan/wilayah Vietnam moden iaitu meliputi Hoành Sin massif (Müi Run) di bahagian utara sehingga Phan Thitt (Müi Kê Gà) di kawasan paling selatan. Penduduk kawasan ini merupakan kaum Melayu-Polynesia dengan bercirikan tradisional sara diri. 

Setibanya islam di champa, ramai masyarakat Champa mengadaptasikan islam ke dalam kehidupan mereka. Sementalahan pula, sekitar diantara tahun 1607M dan 1676M, salah seorang raja Champa telah memeluk islam dan menjadi seorang Muslim yang telah menyebabkan ramai rakyat Champa turut menuruti agama raja mereka iaitu Islam.

Selepas berkurun pemerintahan raja Champa, perlahan-lahan kawasan empayar raja champa mengecil akibat ditawan satu persatu sehinggalah akhirnya pada akhir kurun ke-17, seluruh empayar champa telah ditakluki raja Vietnam dan budaya hidup Vietnam kembali bertapak. Sewaktu penaklukan oleh raja Vietnam iaitu Minh Moung, ramai masyarakat islam champa telah ditindas dengan zalim kerana berlainan anutan. Untuk memastikan kelangsungan kehidupan islam masyarakat Champa, Raja Muslim terakhir Champa iaitu Pô Chin, mengambil keputusan mengumpulkan seluruh masyarakat islam champa termasuk di kepulauan dan tanah besar untuk berhijrah ke selatan kemboja (Cambodia). Dan dari situ mereka terus berhijrah sehingga ke kawasan negeri Terengganu moden sekarang. Kawasan yang didiami mereka sehingga kini masih wujud dan dikenali sebagai Kampung Cham.

Namun masih terdapat beberapa keluarga muslim champa yang tidak berhijrah dan masih menetap di sepanjang sungai Mekong di Vietnam. Dianggarkan terdapat 13 keluarga yang tidak berpindah dan kekal menetap di sana. Tahun demi tahun berlalu, guru agama di sana semakin berkurangan dan akhirnya saki-baki masyarakat islam di sana telah mengambil inisiatif dengan menghantar anak-anak muda mereka mendalami ilmu agama islam dan syariat di negeri Kelantan (Malaysia). Setelah selesai mendalami ilmu agama, mereka terus pulang untuk mengajarkan ilmu agama di kampung halaman yang berjumlah 13 buah kampung itu. Seramai 13 keluarga yang tidak berhijrah tadi telah membentuk 13 buah kampung berasingan yang saling tolong-menolong antara mereka akibat dipinggirkan kerajaan mereka sendiri. Selain itu, hubungan yang rapat antara pedagang islam yang berdagang di kawasan pelabuhan Sungai Mekong telah menyebabkan mereka mendapat sokongan moral dan ilmu dari pedagang muslim tersebut.
 
Naskah Al-Quran Tulisan Tangan Yang Menjadi Bacaan
Komuniti Islam Di Vietnam

Selain masyarakat islam Champa, terdapat juga komuniti islam kaum Vietnam. Selepas 30 April 1975, Sewaktu ramai komuniti islam di Vietnam berada di bawah kekuasaan rejim komunis yang kejam, terdapat bilangan yang besar komuniti islam Vietnam yang telah berpindah dan berhijrah ke negara lain akibat kekejaman rejim komunis vietnam. Kebanyakan mereka kini menetap di Amerika, Perancis, Malaysia, India, Kanada dan sesetengahnya di Australia.

Terdapat 3 jenis kaum di Vietnam yang menganut agama islam :

1. Muslim Champa: Mereka merupakan antara kaum asli Vietnam yang memeluk islam secara keseluruhanya dan memiliki pemerintahan sendiri sebelum diserang raja Vietnam.

2. Muslim perkahwinan campur: Mereka merupakan kelompok islam champa yang menganut islam dan berkahwin campur dengan bangsa lain seperti Arab, India, Indonesia, Malaysia and Pakistan.Mereka turu berkahwin diantara sesama orang Vietnam yang telah memeluk islam. Mereka membentuk kelompok kedua terbesar dalam keseluruhan komuniti islam Vietnam.

3. Orang Vietnam Masuk Islam: Mereka (masyarakat Vietnam) telah tertarik dengan peribadi pedagang islam yang datang ke pelabuhan mereka. Mereka secara sukarela telah mempelajari mengenai islam dan akhirnya dengan rela hati menganut agama islam. Sebagai contohnya sebuah perkampungan di Tân Bzu dalam wilayah Tân di mana seluruh penduduk di pekampungan itu secara rela hati memeluk agama islam.
Read more...

Rabu, 27 Februari 2013

Majlis Pakar

0 ulasan
Majlis Pakar
Majlis Pakar

Majlis Pakar berhimpun setiap dua hari setahun selama dua hari. Ahlinya adalah kumpulan ulama yang dilantik oleh rakyat Iran untuk berkhidmat selama lapan tahun. Berdasarkan undang-undang Iran, calon untuk untuk majlis ini perlulah menjalani sebuah ujian bertulis untuk menguji kemampuan mereka dalam ijtihad. Majlis ini berkuasa melantik pemimpin agung dan juga berkuasa untuk memecat beliau pada bila-bila masa sahaja.

Parti-Parti Politik Dan Pilihan Raya

Pada pilihan raya 2004, Menteri Hal Ehwal Dalaman Iran mengumumkan hanya lima puluh peratus penduduk Iran yang mengundi. Kehadiran yang paling rendah dalam sejarah Republik ini. Majlis Wali pula mengumumkan kehadiran adalah sekitan enam puluh peratus. Calon konservatif memenangi undi majoriti (156 kerusi), calon reformasi menerima 40 kerusi iaitu 40% undi dan calon bebas memenangi 34 kerusi.

Pentadbiran Wilayah

Iran mempunyai 30 wilayah iaitu Ardabil, Azarbayjan-e Gharbi, Azarbayjan-e Sharqi, Bushehr, Chahar Mahall dan Bakhtiari, Isfahan, Fars, Gilan, Golestan, Hamadan, Hormozgan, Ilam, Kerman, Kermanshahan, Khorasan Utara, Khorasan, Khorasan Selatan, Khuzestan, Kohkiluyeh dan Buyer Ahmad, Kordestan, Lorestan, Markazi, Mazandaran, Qom, Qazvin, Semnan, Sistan va Baluchestan, Tehran, Yazd, dan Zanjan. Setiap wilayah diperintah oleh seorang gabenor dan dibahagikan kepada beberapa daerah, mukim dan kampung.


Read more...

Badan Perundangan Iran

0 ulasan
Majlis Parlimen Iran

Badan Perundangan

Badan perundangan Iran adalah berbentuk tunggal. Sebelum Revolusi Iran, badan perundangan ini terdiri daripada dua dewan utama, tetapi Dewan Senat Iran dibubarkan menerusi perlembagaan baru Iran.

Majlis (Parlimen)

Majles e-Shura Eslami (Majlis Syura Islam), mempunyai keahlian seramai 290 orang yang dilantik menerusi pilihan raya setiap empat tahun sekali. Kesemua ahli-ahli parlimen haruslah mendapat kelulusan Majlis Wali Iran.

Majlis Wali

Rencana utama: Majlis Wali Iran

Majlis Wali terdiri daripada 12 pakar undang undang termasuklah enam ulama yang dilantik oleh Pemimpin Agung. Enam pakar undang-undang lain diundi oleh parlimen Iran yang dinamakan Majlis dan keenam-enam mereka dicalonkan oleh Ketua Kehakiman Iran. Majlis ini menafsirkan perlembagaan Iran dan bisa menolak rang undang-undang yang diluluskan parlimen yang dianggap tidka sesuai dengan perlembagaan atau undang-undang Syariah. Rang undang-undang ini kemudiannya akan dirujuk semula di parlimen.

Majlis Penyesuaian

Majlis Penyesuaian Iran bertanggung jawab untuk menyelesaikan perselisihan antara Parlimen Iran dengan Majlis Wali Iran. Ia juga bertindak sebagai badan penasihat kepada Pemimpin Agung dan secara tidak langsungnya menjadi badan yang paling berpengaruh dalam pentadbiran negara.


Badan kehakiman

Pemimpin Agung Iran berkuasa melantik ketua kehakiman negara. Ketua kehakiman pula berkuasa melantik ketua hakim mahkamah agung Iran dan juga ketua pendakwa raya awam. Terdapat beberapa jenis mahkamah di Iran dan ia terbahagai kepada dua kumpulam iaitu mahkamah awam yang mengendalikan kes-kes jenayah umum, dan kedua ialah mahkamah Revolusi yang mengendalikan kes-kes mengenai keselamatan negara. Keputusan mahkamah Revolusi adalah tetap dan tiada permohonan semula dibenarkan. Terdapat juga mahkamah untuk ulama yang melanngar undang-undang negara. Mahkamah ini secara praktiknya adalah bebas dan hanya menerima arahan dari pemimpin agung. Sepeti mahkamah Revolusi, keputusan mahkamah ini adalah tetap dan tidak boleh diubah.
Read more...

Politik Di Iran

0 ulasan
Situasi Politik Di Iran

Selepas Revolusi Iran, politik Iran mengalami keributan akibat Perang Iran Iraq, perebutan kuasa politik dan juga kondisi ekonomi yang terjejas teruk. Iran juga mempunyai hubungan yang keruh dengan Amerika selepas revolusi itu berikutan penawanan kedutaan Amerika di Teheran oleh sekumpulan mahasiswa Iran. Pada hari ini, Switzerland bertanggungjawab menjadi perwakilan Amerika di Iran.

Pemimpin Agung

Rencana utama: Pemimpin Agung Iran

Pemimpin Agung Iran bertanggung jawab terhadap kebijakan umum Republik Islam ini. Beliau juga merupakan ketua pasukan bersenjata Iran dan juga mempunyai kuasa mengisytiharkan perang. Tanggung jawab lain pula ialah sebagai ketua kehakiman, ketua rangkaian radio dan televisyen, dan juga berkuasa melantik enam daripada dua belas ahli Majlis Wali Iran. Pemimpin Agung dilantik oleh Majlis Pakar dan majlis ini juga berkuasa memecat beliau. Selain itu, Majlis Pakar juga bertanggung jawab mengawasi kerja-kerja Pemimpin Agung.

Kuasa Eksekutif

Rencana utama: Presiden Iran

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Iran, Presiden Iran adalah orang kedua tertinggi dalam kerajaan Iran. Presiden Iran dilantik melalui pilihan raya umum dan akan menjalankan tugas selama empat tahun. Semua rakyat Iran yang berumur 18 tahun dan ke atas berhak mengundi untuk presiden. Setiap calon presiden pula haruslah mendapat kelulusan daripada Majlis Wali Iran sebelum menjalankan tugas. Tanggung jawab presiden pula ialah memastikan perlembagaan Iran dilaksanakan dan juga melaksanakan kuasa eksekutif kecuali bidang kuasa yang berhubung terus dengan Pemimpin Agung. Presiden juga mempunyai kuasa melantik dan mengawasi ahli-ahli kabinet, membuat keputusan bagi pihak kerajaan, dan juga meluluskan beberapa kebijakan kerajaan sebelum dibawa ke badan perundangan. Sehingga ke hari ini, terdapat 10 timbalan presiden berkhidmat dibawah presiden dan juga terdapat 21 menteri bertugas dibawah pimpinan presiden dan perlantikan mereka haruslah mendapat kelulusan badan perundangan. Tidak seperti republik-republik lain, Presiden Iran tidak mempunyai kuasa dalam pasukan bersenjata walaupun beliau berkuasa melantik Menteri Pertahanan dan Perisikan dan perlantikan ini haruslah mendapat kelulusan Pemimpin Agung.
Read more...

Ekonomi Negara Iran

0 ulasan
Ekonomi Negara Iran


Ekonomi Iran adalah campuran Ekonomi Perancangan Berpusat dengan sumber minyak dan perusahaan-perusahaan dimiliki kerajaan, dan juga terdapat beberapa perusahaan-perusahaan yang dimiliki oleh swasta. Pertumbuhan ekonomi Iran adalah stabil semenjak dua abad yang lalu.

Iran adalah Negara yang mempunyai minyak dan perusahaan-perusahaan besar, tanah pertanian, perusahaan swasta dalam skala kecil, dan juga pelayanan jasa. Pemerintah Iran selalu berusaha untuk menstabilkan ekonomi Iran secara terus menerus selama lebih dari dua puluh tahun. Walaupun demikian, masalah inflasi dan pengangguran masih terus berlanjut.

Pelbagai kemajuan ataupun kemunduran yang dialami Republik Islam Iran terutama dalam bidang ekonomi, yang mana merupakan alat pengukur transformasi kepada negara Iran terutama setelah kemenangan Revolusi Islam. Negara Iran meskipun sangat kaya minyak dan gas, namun ia dikenali sebagai Negara yang berekonomi rendah dan Negara pengimport utama dunia.

Di samping itu, pemimpin yang bertukar ganti telah menjadikan negara Iran semakin maju dari tahun ke tahun. Pemimpin yang banyak memberi pengaruh besar dalam meningkatkan ekonomi negara Iran adalah Mahmoud Ahmadinejad iaitu pemimpin negara Iran yang ke-sembilan yang diangkat pada tahun 2005.

Pada awal abad ke-21, peratusan sektor perkhidmatan dalam pengeluaran negara kasar bagi negara Iran adalah yang tertinggi, diikuti dengan perlombongan dan pertanian. 45% daripada belanjawan negara adalah hasil perlombongan minyak dan gas asli, dan 31% pula adalah dari cukai. Pada tahun 2004, Pengeluaran Negara Kasar Iran dianggarkan sebanyak $163 bilion atau $2,440 per kapita.

Rakan dagangan Iran pula adalah China, Rusia, Jerman, Perancis, Itali, Jepun dan Korea Selatan. Manakala, semenjak lewat 90-an, Iran mula meningkatkan kerjasama ekonomi dengan beberapa negara membangun termasuklah Syria, India dan Afrika Selatan.
Read more...

Jjihad Ali, Syiah Imamiyah Dan Rezim Iran Yang Kejam [Video]

0 ulasan
Jjihad Ali, Syiah Imamiyah Dan Rezim Iran Yang Kejam



Read more...

Khomeini Mengambil Alih Kuasa

0 ulasan
Ayatollah Khomeini adalah pemimpin dalam gerakan menentang Shah Mohammad Reza.
Khomeini Mengambil Alih Kuasa

Kini bermulalah fasa kedua revolusi Iran yang turut dikenali sebagai Revolusi Islam. Ketika zaman pemerintahan Shah, kesemua kumpulan revolusi yang terdiri daripada golongan agama, liberal, sekular, Marxist dan Komunis bergabung untuk menentang Shah Mohammad. Tetapi kini, setelah beliau ditumpaskan, ikatan ini dibubarkan.

Setiap kumpulan revolusi ini bersaing untuk pengaruh dan juga mempunyai intepretasi yang berbeza mengenai negara Iran yang dibentuk. Ketika tahun pertama revolusi, terdapat dua kuasa yang memerintah Iran iaitu kerajaan rasmi Iran dan kerajaan revolusi. Mehdi Bazargan, Perdana Menteri Iran yang dilantik oleh Khomeini (dari kumpulan revolusi) memperkenalkan sebuah kerajaan demokratik baru. Pada masa yang sama, dalam kerajaan Iran, Khomeini menubuhkan Majlis Revolusi yang ahlinya terdiri daripada para ulama yang menyokong beliau. Majlis ini semakin lama menjadi semakin berkuasa dalam kerajaan Iran sehinggakan kesemua keputusan kerajaan Iran ditentukan oleh badan ini.

Pada bulan Jun, Gerakan Kebebasan membentuk sebuah draf perlembagaan yang menjadikan Iran sebuah Republik Islam. Draf ini turut merangkumi Majlis Pelindung yang mempunyai kuasa veto mengenai undang-undang bukan Islam. Walaupun begitu, Ayatollah Khomeini menolak draf ini dengan alasan bahawa kerajaan baru ini haruslah berdasarkan "100% undang-undang Islam".

Oleh itu, sebuah perlembagaan baru dibentuk oleh Majlis Pakar yang membentuk jawatan Pemimpin Agung untuk Khomeini. Kuasa Pemimpin Agung mengikut perlembagaan ini meliputi kuasa ketenteraan dan keselamatan, dan juga kuasa veto untuk calon politik. Turut dibentuk ialah jawatan Presiden. Kuasa presiden pula kurang meluas berbanding dengan Pemimpin Agung dan beliau akan dilantik melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap empat tahun sekali. Perdana Menteri Mehdi tidak bersetuju dengan perlembagaan baru ini kerana kekuasaan presiden yang terbatas, lalu beliau meletak jawatan.
Read more...

Pelbagai Peristiwa Semasa Revolusi Di Iran

0 ulasan
Ogos 1978: Serangan Pembakaran Abadan

Ketika keadaan Iran di dalam kekabutan, sebuah panggung wayang di Abadan, Panggung Wayang Cinema Rex Fire, dibakar menyebabkan 400 nyawa terkorban. Para revolusi menyalahkan SAVAK dan mendakwa badan itu bertanggungjawab terhadap kejadian ini. Mereka mendakwa kebakaran ini sengaja dilakukan untuk menjerat kumpulan revolusi Islam. Keesokannya, seramai 10,000 saudara mara mangsa korban berkumpul di majlis pengebumian sambil melaungkan bantahan mereka terhadap Shah Mohammad.

September 1978: Jumaat Hitam (Black Friday)

Pada bulan September, seluruh negara kini mengalami ketidakstabilan. Protes terhadap Shah menjadi rutin setiap hari. Shah Mohammad pula menguatkuasakan pemerintahan tentera dan melarang semua demonstrasi.

Pada hari Jumaat 8 September, sebuah rusuhan tercetus di Tehran. Kumpulan ulama mendakwa bahawa "ribuan nyawa dibunuh oleh kumpulan zionis". Kumpulan tersebut sebenarnya adalah etnik Kurdi dan jumlah korban pula adalah sekitar 700 nyawa. Sebuah mogok umum dilaksanakan pada bulan Oktober yang terus melumpuhkan ekonomi Iran dan menyebabkan banyak industri utama terpaksa diberhentikan. Pada tahap ini, "takdir Shah Mohammad Reza telah pun ditentukan.

Disember 1978: Protes Muharram

2 Disember 1978 :
Protes Muharram berlaku. Seramai 2 juta rakyat Iran memenuhi jalan-jalan di Tehran, sekitar Dataran Azadi. Protes adalah untuk mendesak Shah Mohammad turun takhta dan membenarkan Khomeini kembali semula ke Iran.
1979: Shah Melarikan Diri Dan Kejayaan Revolusi

16 Januari 1979 :
Shah Mohammad dan permaisuri beliau meninggalkan Iran atas nasihat perdana menteri beliau, Dr. Shapour Bakhtiar dan beberapa jam kemudian, semua simbol Shah Mohammad dirobohkan oleh penduduk awam. 

Dr. Shapour kemudiannya:

1-Membubarkan SAVAK

2-Membebaskan tahanan politik

3-Menjanjikan pilihan raya umum bebas dan membenarkan demonstrasi awam semula. 

Beberapa hari selepas itu, beliau membenarkan Ayatollah untuk pulang ke Iran. Beliau turut meminta agar kumpulan revolusi lain untuk memelihara semula perlembagaan Iran.

Februari 1979: Khomeini Pulang Ke Tehran

Pada 1 Februari, 1979, Khomeini pulang semula ke Iran. Kepulangan beliau disambut dengan meriahnya oleh ribuan rakyat Iran. Namun begitu, Khomeini tidak bersetuju dengan kerajaan Shapour menyebabkan berlakunya konflik bersenjata antara penyokong Khomeini (termasuklah beberapa bahagian tentera Iran) dengan penyokong Shapour. Penyokong revolusi-Khomeini dan tentera yang berpihak kepada revolusi mula menguasai balai polis, markas tentera dan mengedarkan senjata kepada penduduk awam. Pada 11 Februari, kerajaan Shapour kalah dalam konflik ini apabila Majlis Agung Tentera mengumumkan bahawa ia berpendirian neutral untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.
Read more...

Shah Meminta Bantuan Amerika

0 ulasan
Shah Meminta Bantuan Amerika

(1977) Perbincangan Shah Iran dengan Alfred Atherton, William Sullivan, Cyrus Vance, President Carter, dan Zbigniew Brzezinski

Shah Mohammad Reza Pahlavi kini berhadapan dengan situasi revolusi. Lantas, beliau meminta bantuan daripada Amerika untuk menyokong beliau. Amerika pula ketika ini memerlukan Iran kerana ia terletak di Teluk Parsi dan kaya dengan sumber minyak. Malahan, Iran bersempadan dengan Kesatuan Soviet menjadikannya sebuah lokasi yang strategik bagi Amerika kerana ia dapat menolong Amerika dalam Perang Dingin. 

Namun begitu, imej Shah Iran telah tercemar dengan polisi kerajaan beliau yang mencabuli hak asasi manusia. Duta Amerika ke Iran, William H. Sullivan, menyatakan bahawa Penasihat Keselamatan Amerika, Zbigniew Brzezinski "telah berulang kali menyakinkan Shah Mohammad Reza yang Amerika akan membantu beliau". Presiden Amerika ketika itu, Jimmy Carter didakwa telah gagal mengotakan janji Amerika ini. 

Pada masa yang sama, beberapa pegawai tinggi Amerika menyuarakan cadangan bahawa kepimpinan Iran haruslah digantikan bagi meredakan revolusi dan Shah Mohammad Reza haruslah turun takhtah. Tetapi rencana ini terbantut setelah Ayatollah Khomeini mengambil alih kuasa memerintah Iran.
Read more...

Ayatollah Shariatmadari Menyertai Kumpulan Pembangkang

0 ulasan
Mei 1978 : Ayatollah Shariatmadari Menyertai Kumpulan Pembangkang

Ayatollah Shariatmadari

Pada bulan Mei, beberapa pegawai kerajaan menceroboh masuk rumah Ayatollah Kazem Shariatmadari, salah seorang ulama Iran yang cukup berpengaruh. Pegawai kerajaan itu menembak mati salah seorang daripada pengikut Ayatollah Shariatmadari. Sebagai tindak balas, beliau menyertai barisan pembangkang menentang Shah.

Dalam masa yang sama, Shah Mohammad cuba menenangkan kumpulan pembangkang dengan merendahkan kadar inflasi, memohon maaf kepada para ulama dan memecat ketua SAVAK juga menjanjikan pilihan raya umum bebas pada bulan Jun. Tetapi rancangan inflasi yang mengurangkan belanja kerajaan menyebabkan ramai perkerja-pekerja awam terutamanya daripada golongan muda dan kurang mahir dipecat.

Pada musim panas 1978, warga buruh ini berarak di jalanan memprotes polisi ini. Pada bulan November berikutnya, pekerja-pekerja lain pula melancarkan mogok dan ini menyebabkan ekonomi Iran ketika itu lumpuh.
Read more...

Demonstrasi Utama Pertama

0 ulasan
Januari 1978: Demonstrasi Utama Pertama


Januari 1978 : Demonstrasi pertama menentang Shah dimulakan dengan kumpulan mahasiswa Islam. Kerajaan Shah mengutuskan pihak tentera untuk menguraikan demonstrasi dan keputusan ini menyebabkan beberapa mahasiswa-mahasiswa terbunuh.

Mengikut tradisi Shia, sebuah majlis peringatan dilakukan setelah 40 hari kejadian itu berlaku dan ia dilakukan di masjid-masjid di seluruh Iran.

18 Februari 1978 : Beberapa demonstrasi dilakukan di seluruh Iran bagi memberi penghormatan kepada korban mahasiswa-mahasiswa itu dan juga untuk memprotes kekejaman Shah. Akhirnya, pergeseran tercetus di Tabriz dan ratusan penunjuk perasaan terbunuh.

29 Mac 1978 :
Perkara yang sama turut terjadi dan kali ini di seluruh Iran. Kebanyakan bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat milik rejim Shah dirobohkan dan dimusnahkan, dan sekali lagi, ratusan nyawa terkorban.
Read more...

Tercetusnya Revolusi

0 ulasan
1978 : Tercetusnya Revolusi.

 
Bangkangan terhadap pemerintahan Shah dimulai dengan kumpulan-kumpulan liberal daripada kelas pertengahan dan berpusat di kawasan-kawasan bandar. Golongan ini lebih sekular dan mempraktikan Islam secara sederhana. Namun begitu tujuan protes mereka hanyalah supaya kerajaan Shah Mohammad berpegang kepada Perlembagaan Iran 1906, dan bukannya kepada undang-undang Sharia. Mehdi Bazargan adalah antara pemimpin yang paling aktif dalam bangkangan ini. 

Beliau memimpin Gerakan Iran Merdeka yang berkait rapat dengan bekas perdana menteri Iran, Mohammed Mossadegh. Gerakan ini mendapat sokongan padu dari dalam dan luar Iran.

Ulama-ulama Iran pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

1-ulama-ulama yang menyokong kumpulan sekular liberal

2-kumpulan kedua menyokong gerakan komunis Marxists.

Khomeini pula yang ketika itu sedang didalam buangan berkerja keras untuk menyatukan golongan ulama, golongan sekular, liberal dan pembangkang dan meletakkan mereka semua dibawah pimpinan beliau.
Read more...

Situasi Di Iran Sebelum Revolusi

0 ulasan
1970 : Situasi di Iran Sebelum Revolusi



Terdapat beberapa peristiwa pada tahun 1970-an yang menyebabkan tercetusnya revolusi. Antaranya ialah:

•    layanan mewah kerajaan kepada rakyat asing sedangkan ramai rakyat tempatan hidup melarat,
•    kadar inflasi yang melonjak tinggi
•    jurang antara kaya dan miskin yang semakin besar
•    sikap sekularisme Shah Mohammad Reza
•    dakwaan bahawa SAVAK merupakan punca kematian pemimpin Islam yang berfikiran moden, Ali Shariati
•    penglibatan SAVAK dalam kematian putra Khomeini, Mostafa (di Tehran).

Pada Oktober 1971, terdapat sebuah sambutan untuk ke 2500 bagi meraikan pengasasan negara Parsi. Sambutan ini diadakan selama tiga hari di Persepolis dan tetamu-tetamunya hanyalah warga-warga asing. Ini merupakan sebuah pesta yang menelan belanja yang tinggi (dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya $100 juta) Hidangan untuk pesta itu pula disediakan oleh tukang masak yang dibawa dari Paris. Pada masa yang sama, kawasan sekitar Persepolis iaitu wilayah Sistan dan Baluchestan mengalami kemarau yang teruk dan ramai penduduk di kawasan itu dan Iran umumnya hidup kelaparan.

Pada lewat 1974, berlaku peningkatan harga minyak di pasaran dunia. Namun begitu, kesannya kepada Iran adalah sebaliknya. Tahap inflasi melonjak naik dan jurang antara yang kaya dan miskin dan juga antara penduduk bandar dan luar bandar semakin besar. Lebih memburukkan keadaan, kerajaan Iran menghabiskan ratusan juta bagi membiayai pekerja-pekerja pakar asing dan juga membeli pelengkapan tentera daripada Amerika yang ternyata tidak berguna ketika itu dan ia satu pembaziran.

Pada tahun 1976, kemarahan penduduk Islam Iran memuncak kerana:

1-jentera kerajaan Shah mengubah kalender Iran daripada kalender Hijrah kepada kalender solar Iran yang pernah digunakan ketika zaman Cyrus Agung.

2-Shah mengumumkan rancangan penjimatan ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan tahap inflasi.

Kesannya, ramai rakyat Iran yang hilang pekerjaan dan ramai yang jatuh miskin dan bermigrasi ke kota besar meningkat.

Jimmy Carter, presiden Amerika pada tahun 1977 mengutuskan sebuah peringatan kepada Shah Mohammad mengenai betapa mustahaknya hak kebebasan dan kebebasan berpolitik. Shah kemudiannya membalas peringatan ini dengan mengampuni 357 tahanan politik pada bulan Februari tahun yang sama. Beliau juga turut membenarkan Persatuan Palang Merah untuk melawat penjara tahanan politik. Ini merupakan permulaan liberalisasi oleh Shah. Pihak liberal kemudiannya mengeluarkan seutus surat mengecam rejim beliau.

Tahun 1977 juga turut menyaksikan kematian seorang ahli politik yang penting iaitu Ali Shariati. Beliau adalah seorang pemimpin Islam moden dan kematian beliau didakwa didalangi SAVAK. Pada Oktober pula, putra Khomeini, Mostafa meninggal dunia. Walaupun punca kematian adalah serangan sakit jantung, tetapi terdapat desas desus mengatakan kematian beliau juga merupakan antara rancangan SAVAK.
Read more...

Naiknya Ayatollah Khomeini

0 ulasan
1960 : Naiknya Ayatollah Khomeini

Ayatollah Khomeini

Ayatollah Khomeini, pemimpin revolusi Iran ini mula menampilkan dirinya dalam arena politik sekitar awal tahun 1963. Beliau mengetuai kumpulan pembangkang menentang kerajaan Shah dan rancangan Revolusi Putih beliau.

Antara perkara-perkara yang diperdebatkan oleh Ayatollah ialah:

1. Hak mengundi untuk perempuan.

2. Perubahan undang-undang pilihan raya yang membenarkan kumpulan agama minoriti memegang vjawatan tinggi dalam kerajaan.

3. Perubahan dalam undang-undang perkahwinan.

Kemudiannya, beliau mengisytiharkan Shah telah "memulakan proses kehancuran Islam di Iran".
Disebabkan oleh pengisytiharan beliau, Khomeini ditangkap pada 5 Jun 1963 dan 3 hari selepas itu rusuhan berlaku di seluruh Iran. Pihak polis bertindak balas dengan menggunakan kekerasan terhadap perusuh-perusuh ini. Menurut laporan daripada kerajaan Pahlavi, seramai 86 orang terbunuh. 

Penyokong Khomeini pula mendakwa sekurang-kurangnya 1500 terbunuh manakala pihak polis yang dibentuk selepas revolusi mengumumkan lebih daripada 380 orang terkorban. Khomeini ditahan di rumah beliau selama 8 bulan dan kemudiannya dibebaskan. Setelah pembebasan beliau, Khomeini meneruskan kegiatan beliau mengkritik Shah terutamanya mengenai hubungan rapat Shah dengan Israel dan juga "penganugerahan" imuniti diplomatik pegawai tentera Amerika di Iran. Pada November 1964, Khomeini sekali lagi ditangkap dan kali ini beliau dibuang negeri selama 14 tahun dan kembali semula ketika revolusi.

Selepas buangan Ayatollah, tentangan terhadap Shah ditekan atau disekat oleh SAVAK dan ini menghasilkan keadaan tenang buat seketika. Namun, pada masa yang sama, terdapat gerakan pemulihan Islam dan gerakan ini mendapat sokongan yang jauh lebih hebat daripada proses permodenan Shah. Idea Khomeini mengenai negara Islam di dalam tulisan beliau, “Wilayat Al-Faqih” mendapat sambutan yang hebat. Menurut Khomeini, umat Islam haruslah mengaplikasikan undang-undang sharia dan untuk menguatkuasakan undang-undang ini, kerajaan Islam haruslah diperintah oleh ulama.

Walaupun Khomeini jarang menyentuh mengenai buku ini dalam temu ramah beliau di luar negara tetapi di Iran, ia disebarkan dengan meluasnya. Buku ini kemudiannya menjadi sumber inspirasi dalam pemberontakan rakyat Iran terhadap Shah Reza.
Read more...

Latar Belakang Revolusi

0 ulasan
Latar Belakang Revolusi

Shah Mohammad Reza Pahlavi, Raja Iran Terakhir (bermula 1941)

1940 : Kemahkotaan Shah

Shah Mohammad Reza Pahlavi mula memegang kuasa pada tahun 1941, menggantikan ayahanda beliau, Shah Reza. Penggantian ini adalah menerusi rampasan kuasa oleh Inggeris dan Kesatuan Soviet yang menyebabkan Shah Reza terpaksa melarikan diri ke luar negara dan puteranya dipilih menggantikan beliau dengan harapan puteranya akan menjadi sekutu Inggeris dan Kesatuan Soviet. 

Shah Reza dikenali sebagai seorang yang nekad untuk memajukan negaranya tetapi pada masa yang sama bertindak kasar terhadap para ulama Iran. Pada tahun 1953, beliau melarikan diri keluar Iran apabila terjadi pergeseran antara beliau dengan Perdana Menteri Iran, Mohammad Mossadegh. Pergeseran ini berpunca daripada polisi Mohammad Mossadegh yang ingin memiliki negara yang dipenuhi lapangan minyak Iran ini dan meletakkan kuasa tentera di bawah penguasaan beliau. Melalui kudeta yang dibantu oleh CIA dan M16 (Operasi Ajax), Mossadegh berjaya digulingkan dan Shah kembali berkuasa.

Seperti ayahanda beliau, Shah Pahlavi meneruskan permodenan Iran. Beliau menjalinkan hubungan yang rapat dengan Amerika dan beberapa negara-negara barat lain dan sering kali mendapat pengiktirafan daripada Amerika kerana pendirian beliau yang menentang komunis. Namun begitu, pihak pembangkang yang terdiri daripada kumpulan berhaluan kiri, nasionalis, dan ulama selalu mengeluarkan kritikan kerana pemerintahan beliau melanggari perlembagaan Iran. Selain itu, rasuah dalam politik berleluasa dan juga tekanan politik menerusi badan perisikan beliau iaitu SAVAK.
Read more...

Revolusi Di Iran

0 ulasan
Revolusi Di Iran
Tunjuk perasaan membawa potret Ayatollah Khomeini sebagai tanda sokongan mereka terhadap beliau.

Revolusi Iran (turut dikenali sebagai Revolusi Islam. Dalam Bahasa Parsi: "Enghelab Eslami")  انقلاب اسلامی,  adalah sebuah revolusi yang mengubah kerajaan Iran daripada sistem pemerintahan monarki kepada sistem Republik Islam. Pertukaran ini dibuat melalui pungutan suara rakyat Iran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, setelah beliau berjaya mengusir raja Iran terakhir, Shah Mohammad Reza Pahlavi keluar dari Iran.

Revolusi ini adalah sebuah gerakan yang unik kerana kejayaannya mengejutkan seluruh dunia. Sebab ia sesuatu yang unik kerana ia bukanlah berpunca daripada kekalahan dalam peperangan, krisis kewangan ataupun pemberontakan golongan bawahan mahupun tindakan ketenteraan; seperti revolusi-revolusi lain dalam sejarah bertulis manusia. Revolusi Iran berlaku dengan pantasnya dan berjaya menjatuhkan sebuah rejim yang dilengkapi dengan kuasa tentera yang kuat dan hebat; dan rejim ini digantikan dengan sistem pemerintahan teokrasi yang diundi berdasarkan tahap kemuliaan seseorang itu.

Revolusi ini terjadi kepada 2 peringkat:

Peringkat pertama : pertengahan 1977 hingga tahun 1979 yang dipimpin oleh pihak liberal, golongan haluan kiri dan kumpulan agama. Kesemua mereka memberontak menentang Shah Iran.

Peringkat kedua (Revolusi Islam) : menyaksikan naiknya Ayatollah menjadi pemimpin revolusi.
Read more...

Selasa, 26 Februari 2013

Produk Nestle Malaysia

0 ulasan


Nestlé's commitment to providing quality products to Malaysians dates back almost 100 years ago. Nestlé began in Malaysia in 1912 as the Anglo-Swiss Condensed Milk Company in Penang and later, growth and expansion made a move to Kuala Lumpur necessary in 1939.


Since 1962, with its first factory in Petaling Jaya, Nestlé Malaysia now manufactures its products in 7 factories and operates from its head office in Mutiara Damansara. 


The Company was publicly listed on the KLSE now known as Bursa Malaysia Berhad on 13 December, 1989. Today, the Company employs more than 5000 people and manufactures as well as markets more than 300 Halal products in Malaysia. Its brand name such has MILO®, NESCAFÉ®, MAGGI®, NESPRAY® and KIT KAT® have become trusted household names and enjoyed for generations.


Click link below to more information :
Nestle Malaysia
Read more...

Prinsip Operasi Perniagaan Nestle Di Malaysia

0 ulasan
Sepuluh Prinsip Operasi Perniagaan Nestle Di Malaysia
 
Para pengguna.

1. Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan.

Matlamat utama kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan para pengguna setiap hari, di mana jua dengan menawarkan pilihan makanan dan minuman yang lebih lazat dan lebih berkhasiat serta menggalakkan gaya hidup sihat. Kami menzahirkannya menerusi saranan korporatkami iaitu Good Food,  Good Life.

2. Jaminan kualiti dan keselamatan produk.

Di mana sahaja di dunia, nama Nestlé mewakili janji kepada pengguna bahawa produk Nestlé adalah selamat dan mempunyai piawaian yang tertinggi.

3. Komunikasi pengguna.

Kami komited terhadap komunikasi pengguna yang bertanggungjawab serta boleh dipercayai yang memperkasakan pengguna untuk melaksanakan hak mereka terhadap pilihan yang berdasarkan maklumat dan menggalakkan diet yang lebih menyihatkan. Kami juga menghormati privasi pengguna.

Amalan-amalan hak asasi manusia dan buruh.

4. Hak asasi manusia dalam aktiviti perniagaan kami.

Kami memberi sokongan penuh terhapap prinsip-prinsippanduan Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC) berhubung hak asasi manusia dan buruh serta bermatlamat untuk menjadi teladan hak asasi manusia dan amalan buruh yang baik menerusi aktivitiaktiviti perniagaan kami.

Warga kerja kami.

5. Kepimpinan dan tanggungjawab peribadi.

Kejayaan kami berdasarkan warga kerja kami. Kami melayan satu sama lain dengan rasa hormat dan harga diri serta mengharapkan setiap orang menggalakkan rasa tanggungjawab peribadi. Kami memilih warga kerja yang berdayasaing dan bermotivasi yang menghormati nilai-nilai kami, menyediakan peluang setara untuk perkembangan dan kemajuan mereka serta melindungi privasi mereka dan tidak bertolak-ansur terhadap sebarang bentuk gangguan atau diskriminasi.

6. Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Kami komited untuk mencegah kemalangan, kecederaan dan penyakit berkaitan kerja serta melindungi warga kerja, kontraktor dan mereka yang terlibat di sepanjang rangkaian nilai.
Para pembekal dan pelanggan.

7. Hubungan pembekal dan pelanggan.

Kami mengkehendaki para pembekal, ejen, subkontraktor dan warga kerja mereka untuk mempamerkan kejujuran, integriti dan keadilan, serta mematuhi piawaian kami yang tidak boleh dirunding. Dalam cara yang sama, kami komited terhadap pelanggan kami sendiri.

8. Pertanian dan pembangunan luar Bandar.

Kami menyumbang kepada penambahbaikan dalam pengeluaran pertanian, status sosial dan ekonomi kaum petani, masyarakat luar Bandar dan dalam sistem pengeluaran untuk menjadikannya lebih mampan dari segi alam sekitar.

Alam sekitar.

9. Kemampanan alam sekitar.

Kami memberi komitmen terhadap amalan perniagaan yang mampan dari segi alam sekitar. Kami berusaha untuk menggunakan sumber semulajadi secara berkesan di setiap peringkat kitaran hayat produk tersebut, memilih untuk menggunakan sumbersumber boleh diperbaharui yang diuruskan secara berterusan dan berusaha mencapai pembaziran sifar.

10. Air.

Kami komited terhadap penggunaan air yang mampan dan peningkatan berterusan dari segi pengurusan air. Kami sedar bahawa dunia menghadapi cabaran air yang kian meningkat dan pengurusan sumber-sumber dunia secara bertanggungjawab oleh semua pengguna air adalah satu keperluan yang penting.
Read more...

Sejarah Nestle

0 ulasan
Sejarah Nestle


Nestlé ialah sebuah syarikat pembuat makanan berpakej multinasional yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang didirikan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi. Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan. Reputasi korporat 1Nestlé merupakan antara yang tertinggi di kalangan syarikat-syarikat besar Switzerland. Saham-saham syarikat ini disenaraikan dalam SWX Swiss Exchange. Sesetengah amalan perniagaan Nestlé pernah diselubungi kontroversi, terutamanya kes yang mana susu bayi dipasarkan di negara-negara membangun, lalu mencetuskan pemboikotan Nestlé.

Sebutan yang tepat bagi nama Nestlé ialah [ˈnɛstle], kerana nama tersebut dipetik daripada nama seorang tokoh yang berasal dari satu bahagian di negara Switzerland yang berbahasa Perancis. Ramai orang di negara-negara berbahasa Inggeris sering tersilap sebut nama ini sebagai "Nestlé's" [ˈnɛsəłz], sepertimana kata kerja bahasa Inggeris nestle.
Read more...

Syiah Di Iran [Video]

0 ulasan

Saksikan perbezaan akidah syiah di Iran 


Read more...

Konflik Program Nuklear Iran

0 ulasan
Konflik program nuklear Iran

Program nuklear Iran dilancarkan pada era 1950-an dengan bantuan Amerika Syarikat sebagai sebahagian program Atoms for Peace. Selepas Revolusi Iran pada tahun 1979, kerajaan Iran membubarkan program ini untuk seketika. Dengan sokongan yang rapuh dari negara-negara barat, Iran menghidupkan semula program nuklearnya. Negara Iran buat masa ini mempunyai beberapa makmal penyelidikan nuklear, dua buah lombong uranium, sebuah reaktor penyelidikan nuklear dan tiga buah loji pengayaan uranium.

Iran mengumumkan bahawa program nuklear mereka adalah untuk menjana tenaga elektrik, tetapi Amerika Syarikat dan beberapa negara lain mendakwa Iran cuba membangunkan senjata nuklear. Namun begitu, pegawai-pegawai kerajaan Iran menyangkal dakwaan ini. Loji kuasa nuklear pertama Iran yang telah lama tergendala, Bushehr I, dijangka akan mula beroperasi pada musim panas 2010.

Sekatan PBB

Isu nuklear Iran mula dibincangkan dalam Majlis Keselamatan PBB pada Mac 2006. Lalu pada Julai tahun yang sama Resolusi 1696 Majlis Keselamatan PBB dikeluarkan, mendesak Iran untuk menghentikan program pengayaan uraniumnya.

Kuasa-kuasa dunia kemudian bersetuju untuk mengenakan sekatan terhadap Iran kerana keengganan mereka untuk memberhentikan program nuklearnya secara sukarela. Pada 23 Disember 2006, Majlis Keselamatan PBB (MKPBB) meluluskan Resolusi 1737, yang mengharamkan sebarang pembekalan bahan-bahan atau teknologi nuklear kepada Iran. Resolusi itu juga turut menyatakan jika Iran gagal menghentikan program pengayaan uraniumnya, Majlis Keselamatan PBB akan mengenakan sekatan bukan ketenteraan lain ke atas Iran.

Dengan program nuklear Iran masih berterusan, pada Mac 2007 MKPBB mengundi memperluas ruang lingkup sekatan melalui Resolusi 1747. Ia menghalang semua eksport senjata kepada Iran, membekukan aset dan menghadkan perjalanan orang yang dianggap terlibat dengan program nuklear.

Setahun kemudian, dalam Resolusi 1803 pada Mac 2008, MKPBB sekali lagi memperluas skop sekatan untuk meliputi institusi kewangan dan barangan dwi-kegunaan yang mungkin boleh digunakan untuk tujuan nuklear atau peluru berpandu.

Pertukaran Uranium

Pada 17 Mei 2010, Kementerian Luar Iran, Brazil dan Turki mengeluarkan kenyataan bersama mengenai pertukaran uranium diperkaya rendah Iran untuk bahan api siap diperkaya bagi Reaktor Penyelidikan Teheran, suatu cadangan yang akan dimajukan secara rasmi kepada IAEA dalam tempoh seminggu.

Mengikut analisis awal usul ini dengan sendirinya sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan isu mengawal kemungkinan program senjata nuklear Iran tetapi ia mungkin akan menjejaskan usaha sekatan pusingan ke-4 untuk memaksa Iran mengikuti tindakan lain. Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya masih berusaha mengenakan sekatan tambahan kepada Iran,dan telah mengedarkan teks cadangan sekatan terbaru mereka. Brazil dan Turki, ahli sementara MKPBB, menyatakan rasa kecewa atas cadangan sekatan itu.

Sebenarnya program nuklear Iran bukanlah suatu yang asing kerana ianya telah dimulakan semenjak tahun 1950 di bawah pemerintahan Shah Iran dengan bantuan Amerika di bawah progran “Atom Untuk Keamanan”. Walau bagaimanapun, rancangan tersebut tergendala akibat Revolusi Iran yang menyaksikan sekutu Amerika iaitu Shah Iran digulingkan oleh Ayyatullah Khomeni pada tahun 1979. Semenjak itu Iran mula menjadi duri dalam daging kepada Amerika dan sekutu-sekutunya terutamanya Israel.

Semenjak itu program nuklear Iran terhenti buat seketika , sehinggalah ianya dimajukan semula dengan bantuan tenaga pakar dari Rusia pada awal tahun 1990-an. Semenjak itu, teknologi nuklear Iran terus berkembang dengan pesat, ini terbukti dengan kejayaan Iran mewujudkan kemudahan nuklear bagi pengayaan uranium di Natanz dan kemudahan “heavy water” di Arak pada tahun 2002.

Berdasarkan kepada pandangan pakar, Iran dilaporkan kini hanya “selangkah” sahaja lagi iaitu sekitar 1-2 tahun sahaja bagi memperolehi kemampuan menghasilkan senjata nuklear. Jadi tidak hairanlah Amerika dan sekutunya menjadi serba tidak kena seolah-olah sedang dirasuk, cuba mempengaruhi dunia supaya bersama-samanya bagi memastikan satu-satunya ancaman terhadap kewujudan Israel dihapuskan dengan segera.
Read more...

Peperangan Iran-Israel

0 ulasan

Peperangan Iran-Israel

Gendang perang semakin kuat dipalu. Itu yang terpapar di dada akhbar di barat sebaik ketumbukan tentera Iran melancarkan latihan ketenteraan di selat Hormuz. Latihan ketenteraan yang dianggap sebagai provokasi Iran terhadap laungan Israel yang beria-ia mahu menyerang Iran di atas kepercayaan yang Iran sedang membangunkan tenaga nuklear untuk kegunaan tentera. Sebelum isu ini diulas lebih lanjut adalah lebih baik jika diteliti akan hubungan di antara Iran dan Israel.

Hubungan di antara Iran dengan Israel adalah unik. Ramai yang berpendapat Israel dan Iran adalah seteru yang ketat sejak tumbangnya rejim Shah Iran Pahlavi. Namun kenyataannya republic Islam Iran yang dipimpin Ayatollah Ruhollah Khomeini ini sebenarnya mempunyai hubungan yang baik dengan Israel. Hubungan yang tidak baik adalah di antara Iran dengan Amerika. Hubungan Israel dan Iran agak baik sehingga Israel sanggup menjual senjata kepada Iran sewaktu perang Iran-Iraq  pada tahun 80an bernilai US dollar 5 billion. Malah sehingga kini pun di kala komen dari Ahmdinejad dan Ayatollah Ali Khemeini seperti ‘Israel setan kecil’, ‘Israel tumor kanser’ dan ‘matilah Israel’ adakalanya pihak Iran turut mengeluarkan kenyataan tidak berhasrat  mengancam rakyat Israel selagi mana Israel tidak mengancam kepentingan Iran. Mungkin disinilah lahirnya tanggapan sesetengah pihak bahawa Iran sebenarnya bersekutu dengan Israel. Malah di internet ada netizen yang lebih ekstrem menyatakan apa yang sedang berlaku sekarang adalah sekadar sandiwara Iran dan Israel.

Secara jujurnya aku hanya mampu tersenyum dengan kanyataan seperti itu. Setelah cerita bahawa Osama Bin Laden adalah watak ciptaan AS kini timbul pula cerita ini. Aku hanya menganggap semua ini sebagai dakyah musuh Islam. Sama seperti zaman 80an dahulu apabila cerita tokoh-tokoh barat yang memeluk Islam begitu kuat bertiup. Dari Neil Armstrong ke Jacques Cousteau hinggalah Michael Jackson. Namun kemudiannya ternyata itu semua hanyalah berita palsu, usaha pihak Kristian mahu melalaikan orang Islam, membuai-buai kita dengan berita tidak benar. Dalam isu Iran sekutu Israel ini pertama sekali kita harus meneliti sejarah dan menaakul situasi yang dihadapi Iran. Pertama sekali Iran sejak zama Nabi Yahya dan Zakaria yang pada ketika itu dikenali sebagai Parsi telah pun menyokong bani Israel namun atas dasar percayakan pada kenabian Yahya dan Zakaria yang kemudiannya dibunuh Bani Israel.

Dalam era moden ini Iran boleh dianggap tidak jauh nasibnya dengan Israel. Sebagai satu-satunya negara Islam Syiah, Iran boleh dikatakan telah dipulau oleh semua negara-negara Islam Sunnah. Dan dengan hubungan mereka dengan AS yang memang tidak pernah baik hanya menjadikan situasi Iran lebih menekan. Jadi Iran terpaksa menerima apa saja bantuan dan kerjasama yang ada menggunakan apa saja cara untuk terus bernafas. Sewaktu perang Iran-Iraq, Iraq yang pada ketika itu diperintah oleh Saddam Hussein adalah Ahmadinejad sekarang. Saddam Hussein begitu ghairah mahu menghapuskan negara Israel bagi membuktikan pada negara-negara Arab yang lain bahawa Iraq bukanlah negara boneka AS. Namun pergeseran Syiah-Sunnah turut menjerumuskan Iran dan Iraq ke kancah peperangan dan Israel segera mengambil kesempatan dengan membantu Iran yang dianggapnya kurang memberikan ancaman kepada mereka berbanding Iraq. Dan kini sejarah bagai kembali berulang dengan Iran cuba membuktikan pada dunia Islam yang mereka tidak memusuhi negara Islam yang lain hanya kerana mereka penganut fahaman Sunnah dengan menyatakan kebencian terhadap kewujudan Israel secara terbuka (that’s the easiest way to prove because to us Muslim, Palestine issue is really sensitive). Namun sudah tentulah Israel tidak senang duduk dengan kenyataan Iran itu jadi pergeseran berlaku pada hubungan yang asalnya agak neutral. Namun hubungan kedua-dua negara menjadi benar-benar tegang sejak beberapa tahun ini apabila Iran dikatakan sedang cuba membangunkan tenaga nuklear bagi kegunaan ketenteraan. Maka melompatlah Israel.

Jadi mari kita lihat sebab kenapa Israel benar-benar bimbang dengan pembangunan teknologi nuklear Iran, atau lebih tepat lagi usaha Iran membina senjata nuklear. Umum berpendapat Israel bimbang jika Iran memiliki peluru berpandu balistik nuklear maka ia akan dilancarkan ke Israel. Itu adalah kenyataan yang salah. Jikalau Iran melancarkan serangan nuklear ke Israel, bukan sekadar Amerika malah semua negara Islam akan turut sama mengganyang Iran kerana bagi kita umat Islam berfaham Sunnah, Baitul Muqadis juga adalah kota suci. Meleburkan Baitul Muqadis is out of question! Israel tahu tentang itu dan Iran juga sebenarnya hanyalah sekadar menyalak bukit. Melancarkan peluru berpandu balistik nuklear ke Baitul Muqadis tidak akan berlaku kerana ia umpama melancarkan perang ke atas penganut agama Kristian, Islam dan Judaisma secara serentak.  Sebab kenapa Israel bimbangkan pembangunan tenaga nuklear Iran ialah kerana Israel mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya negara kuasa nuklear di timur tengah. Dan dengan Iran yang sentiasa dibenci negara-negara jiran Islam yang lain khususnya Arab Saudi, dengan memiliki senjata nuklear akan memberikan alasan kepada negara-negara seperti Arab Saudi, Turki, Mesir dan yang lain-lain untuk turut membangunkan senjata nuklear.  Dan berdasarkan situasi pada negara-negara ini sekarang di mana Arab Saudi sudah tentunya membenci Israel dan Turki pula semakin menjauhkan diri dari Israel sementara scenario politik Mesir pula semakin cenderung ke arah puak konservatif Islam, ia umpama mimpi ngeri buat Israel.

Israel pernah cuba memujuk Iran agar melupakan hasrat untuk membangunkan teknologi nuklear mereka namun Iran seperti juga Israel bimbangkan ancaman negara-negara jirannya telah berkeras untuk meneruskan hasrat mereka dan Israel tidak mampu menahan hasrat Iran itu. Israel tidak ada jalan lain kecuali meminta sokongan AS dalam menangani masalah ini. Dan sekatan ekonomi telah dikenakan ke atas Iran. Namun jelas sekali sekatan ekonomi adalah sesuatu yang kurang efektif. Iran belajar dari apa yang berlaku ke atas Iraq. Iraq sebelum ini mengambil pendekatan mengasingkan diri dari dunia antarabangsa dengan menuduh dunia bersekongkol dengan AS dan enggan memberikan kerjasama dengan mana-mana pihak hatta pihak yang bersimpati dengan mereka sekali pun. Mereka menutup pintu dari dunia luar secara rapat.  Namun tidak Iran. Sejak dikenakan sekatan ekonomi oleh AS sejak beberapa tahun yang lalu, Iran gigih menjalinkan hubungan ekonomi, diplomatic malah ketenteraan dengan negara-negara di seluruh dunia hatta negara dari EU sendiri. Dan dalam diam-diam turut menjalinkan kerjasama perniagaan dengan beberapa firma korporat AS disebalik sekatan dan halangan ekonomi oleh rumah putih. Jadi sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Iran dijangka akan gagal dalam usaha menghalang usaha Iran dari meneruskan program nuklear mereka. Sekatan ekonomi mungkin memberikan impak namun tidak seteruk seperti yang dijangka. Dengan Iran bijak melakukan aktiviti import-eksport mereka secara senyap dan rahsia, mereka juga mendapat sokongan dari negara-negara yang tidak sebulu dengan AS seperti Cuba dan Venezuela sementara dua buah kuasa besar iaitu Russia dan China pula mempunyai kepentingan ekonomi yang sangat besar dengan Iran dan mereka tidak akan menurut kehendak AS dengan membabi buta.

Peranan Iran sebagai pengeksport minyak kedua terbesar ke Eropah juga menjadikan sekatan ekonomi ke atas mereka agak sukar untuk dipatuhi negara-negara terlibat. Walaupun Arab Saudi menyatakan akan menambah eksport minyak ke Eropah namun ada negara-negara EU yang bergantung harap terhadap minyak Iran. Antaranya Netherland, Perancis, Sepanyol, Greece, Portugal dan Italy. Italy dan Greece telah mengambil tindakan menghentikan import minyak mereka dari Iran dan apa yang terjadi ialah keadaan ekonomi mereka yang semakin buruk akibat kenaikan bahan bakar yang melambung.  Lalu tindakan yang sama tidak diambil oleh empat buah negara lain (sesuatu yang amat menyakitkan hati AS). Begitu juga dengan sekatan ke atas bank-bank antarabangsa Iran dan bank-bank yang berurusan dengan Iran. Bank-bank ini telah mencari jalan bagaimana mahu berurusan menggunakan jalan belakang kerana jumlah kerugian yang bakal mereka tanggung adalah amat besar sehingga mampu menjejaskan ekonomi negara-negara mereka sendiri. Dan dalam senyap kerajaan negara masing-masing mengizinkan urusniaga bank-bank ini dengan Iran.


Israel menyedari akan betapa tidak efektifnya sekatan ekonomi ke atas Iran walaupun cuba diyakinkan AS bahawa sekatan ekonomi ini akan memakan masa untuk memberikan kesan ke atas Iran namun Israel semakin tidak sabar. Mereka yakin Iran sedang cuba mengejar masa untuk membangunkan senjata nuklear mereka. Mereka yakin dalam tempoh setahun Iran akan mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 4 kepala peluru berpandu nuklear. Jadi Israel keras menggesa AS agar bersetuju dan menyokong mereka dalam usaha untuk menyerang Iran. Malah Leon Panetta menyatakan akan kemungkinan Israel akan melancarkan serangan ke atas Iran pada musim panas ini. Ada juga yang menyatakan Israel akan melancarkan serangan selewat-lewatnya akhir tahun ini. Israel dikatakan beria-ia mahu menyerang Iran kerana yakin Iran sedang cuba memindahkan pengkayaan uraniumnya serta operasi program nuklearnya ke fasiliti bawah tanah yang digelar sebagai zon imuniti di Fordo berhampiran Bandar Qom yang tidak akan terjejas jika mengalami serangan udara oleh Israel. Malah menurut sumber risikan menyatakan Israel akan melancarkan serangan tanpa terlebih dahulu memaklumkannya kepada pihak Amerika.

Namun kemungkinan Israel akan menyerang Iran adalah sesuatu yang tidak mungkin dilakukan. Ini berdasarkan kepada beberapa faktor:-

Pertama, penganalisis pertahanan Israel menjangkakan serangan ke atas Iran akan gagal atau kalau sekiranya berjaya, Israel akan kemungkinan terpaksa membayar dengan harga yang tinggi. Perlu diingat, Idea Israel untuk menyerang Iran ialah dengan melancarkan serangan kilat yang akan melumpuhkan kekuatan ketenteraan Iran tanpa memanjangkan serangan tersebut sehingga membawa kepada peperangan yang berpanjangan. Dan itu adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan memandangkan kekuatan ketenteraan Iran yang berdiri secara tunggal (tidak bergantung pada negara-negara tertentu secara mutlak). Dan sebab ini Israel cuba untuk menangguhkan serangan ke atas Israel untuk meningkatkan keupayaan serangan dan pertahanan ketenteraan mereka.

Kedua, perbezaan pendapat dikalangan pihak pentadbiran dan pertahanan Israel sendiri berkenaan rancangan untuk menyerang Iran. Netanyahu dengan sokongan Ehud Barak adalah antara individu yang begitu kuat melobi bagi mendapatkan sokongan cabinet pada rancangan tersebut namun ketua turus Israel, Gabin Ashkenazi dan ketua Mossad, Meir Dagan membantah keras idea tersebut. Ini kerana terdapat percanggahan pendapat dikalangan mereka kerana pihak risikan Mossad percaya walaupun Iran berjaya menghasilkan kepala peledak nuklear, ia akan memakan masa sekurang-kurangnya lima tahun lagi sebelum ia boleh diaplikasikan sebagai peluru berpandu balistik. Selain itu, ketidak-sepakatan mereka juga mungkin berkait rapat dengan sebab ketiga yang dinyatakan dibawah.

Ketiga, kurangnya sokongan dari sekutu kuat Israel sendiri iaitu Amerika Syarikat akan idea menyerang Iran. Amerika Syarikat dan Barack Obama sebenarnya tidak begitu menggemari idea untuk menyerang Iran bagi menyekat usah Iran memiliki kemampuan nuklear. Masih lagi menanggung kesan yang parah akibat perang di Iraq dan Afghanistan, Amerika seboleh-bolehnya mahu menjauhkan diri dari mana-mana konflik bersenjata. Ditambah lagi dengan situasi ekonomi di AS dan juga Eropah yang begitu menekan, sebarang konflik bersenjata boleh dianggap sebagai tanah jerlus yang akan menelan semua sumber kewangan dan mensia-siakan usaha pemulihan ekonomi yang telah dilakukan (lagipun pencerobohan di Afghanistan dan Iraq turut menyumbang kepada kemelesetan ekonomi AS dan Eropah). Malah hubungan di antara pemimpin Israel dengan Barack Obama yang tidak serapat sewaktu era Bush hanya menyukarkan lagi Israel dalam mendapatkan sokongan dari AS dalam hal ini. Rumah Putih juga telah memberikan peringatan yang keras tidak akan bertanggungjawab akan sebarang kesan ke atas Israel sekiranya Israel bertindak secara bersendirian tanpa terlebih dahulu memaklumkannya kepada AS. Ada juga khabar-khabar angin yang menyatakan Israel sedang menantikan pilihanraya presiden AS yang akan datang dan yakin parti Republikan akan kembali ke Rumah Putih dan republican akan lebih mudah diyakinkan untuk memberikan sokongan terhadap hasrat mereka berbanding Demokrat dan Barack Obama.

Jadi jelas sekali Israel tidak akan bertindak selagi mana mereka tidak mendapat jaminan sokongan daripada AS. Israel mampu menyerang Iran dan memusnahkan pusat operasi program nuklearnya namun Israel tidak akan mampu menghadapi kesan dari serangan tersebut. Sudah tentu kesan dari serangan tersebut akan menggoyahkan lagi ekonomi dunia yang sudah sedia lemah. Bererti negara-negara Eropah tidak akan memberikan sokongan malah akan menghentam Israel. Hatta Britain, sekutu paling kuat Israel di Eropah juga telah memberikan peringatan agar Israel tidak bertindak sewenang-wenangnya. Bererti Britain sudah pasti akan menjauhkan diri sekiranya Israel meneruskan juga hasratnya menyerang Iran tanpa mendapat restu dari AS. Israel juga belajar dari sejarah bagaimana perang Suez pada 1956 yang dimenangi oleh Israel, telah ditentang oleh pentadbiran Eisenhower menyebabkan mereka dipinggirkan diperingkat antarabangsa.

Buat masa ini Israel hanya mampu bertindak secara halus dengan menggunakan proksi-proksinya, cuba menjatuhkan Ahmadenijad dari dalam. Mossad dikatakan telah memberikan bantuan teknikal dan taktikal kepada pergerakan pengganas Iran iaitu People Mujahedin of Iran atau MEK yang dikatakan bertanggungjawab menyebabkan program nuklear Iran terbantut akibat serangan virus computer dan juga pembunuhan saintis-saintis nuklear Iran. Namun Iran juga turut melakukan perkara yang sama apabila membekalkan senjata kepada pihak Hezbolah dan Hamas dalam usaha mereka menyerang Israel. Jelas sekali kedua-dua belah pihak tidak begitu mendambakan peperangan malah menyedari kesan buruk yang akan menimpa kedua-dua belah pihak sekiranya perang meletus akibat serangan Israel ke atas Iran. Namun selagi mana Iran berkeras untuk meneruskan program pengkayaan uraniumnya dan Israel berkeras untuk menghalang Iran dari menjadi kuasa baru nuklear dunia, hanya masa yang akan menentukan samada perang Israel-Iran ini akan tercetus. Dan sekiranya ia tercetus, maka kita di dunia sebelah sini akan turut terkena tempiasnya. Semoga Allah menjauhkan malapetaka ini dari kita dan semua umat Islam seluruh dunia!  
Read more...

Peperangan Iran-Iraq

0 ulasan
Peperangan Iran-Iraq

Dalam era moden ini Iran boleh dianggap tidak jauh nasibnya dengan Israel. Sebagai satu-satunya negara Islam Syiah, Iran boleh dikatakan telah dipulau oleh semua negara-negara Islam Sunnah. Dan dengan hubungan mereka dengan AS yang memang tidak pernah baik hanya menjadikan situasi Iran lebih teruk dan bersifat negatif. Jadi Iran terpaksa menerima apa saja bantuan dan kerjasama yang ada untuk terus bernafas. Sewaktu perang Iran-Iraq, Iraq yang pada ketika itu diperintah oleh Saddam Hussein adalah Ahmadinejad sekarang. Saddam Hussein begitu ghairah mahu menghapuskan negara Israel bagi membuktikan pada negara-negara Arab yang lain bahawa Iraq bukanlah negara boneka AS. Namun pergeseran Syiah-Sunnah turut menjerumuskan Iran dan Iraq ke kancah peperangan dan Israel segera mengambil kesempatan dengan membantu Iran yang dianggapnya kurang memberikan ancaman kepada mereka berbanding Iraq. Dan kini sejarah bagai kembali berulang dengan Iran cuba membuktikan pada dunia Islam yang mereka tidak memusuhi negara Islam yang lain hanya kerana mereka penganut fahaman Sunnah dengan menyatakan kebencian terhadap kewujudan Israel secara terbuka (that’s the easiest way to prove because to us Muslim, Palestine issue is really sensitive). Namun sudah tentulah Israel tidak berpuas hati dengan kenyataan Iran itu dan menyebabkan pergeseran pada hubungan yang asalnya agak neutral. Namun hubungan kedua-dua negara menjadi benar-benar tegang sejak beberapa tahun ini apabila Iran dikatakan sedang cuba membangunkan tenaga nuklear bagi kegunaan ketenteraan.

Secara Umum,berpendapat Israel bimbang jika Iran memiliki peluru berpandu balistik nuklear maka ia akan dilancarkan ke Israel. Namun, kenyataan yang dikeluarkan itu adalah salah kerana jika Iran melancarkan serangan nuklear ke Israel, bukan sekadar Amerika malah semua negara Islam akan turut sama mengganyang Iran kerana bagi kita umat Islam berfahaman Sunnah, Baitul Muqadis juga adalah kota suci. Meleburkan Baitul Muqadis is out of question! Israel juga amat mengetahui dan jelas tentang perkara tersebut. Melancarkan peluru berpandu balistik nuklear ke Baitul Muqadis tidak akan berlaku kerana ia umpama melancarkan perang ke atas penganut agama Kristian, Islam dan Judaisma secara serentak.

Selain itu, antara sebab kenapa Israel bimbangkan pembangunan tenaga nuklear Iran ialah kerana Israel mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya negara kuasa nuklear di timur tengah. Dan dengan Iran yang sentiasa dibenci negara-negara jiran Islam yang lain khususnya Arab Saudi, dengan memiliki senjata nuklear akan memberikan alasan kepada negara-negara seperti Arab Saudi, Turki, Mesir dan yang lain-lain untuk turut membangunkan senjata nuklear.  Dan berdasarkan situasi pada negara-negara ini sekarang di mana Arab Saudi sudah tentunya membenci Israel dan Turki pula semakin menjauhkan diri dari Israel sementara senario politik Mesir pula semakin cenderung ke arah puak konservatif Islam.

Disamping itu juga, Israel pernah cuba memujuk Iran agar melupakan hasrat untuk membangunkan teknologi nuklear mereka namun Iran seperti juga Israel bimbangkan ancaman negara-negara jirannya telah berkeras untuk meneruskan hasrat mereka dan Israel tidak mampu menahan hasrat Iran itu. Israel tidak ada jalan lain kecuali meminta sokongan AS dalam menangani masalah inidan sekatan ekonomi telah dikenakan ke atas Iran. Namun jelas sekali sekatan ekonomi adalah sesuatu yang kurang efektif. Iran belajar dari apa yang berlaku ke atas Iraq. Iraq sebelum ini mengambil pendekatan mengasingkan diri dari dunia antarabangsa dengan menuduh dunia bersekongkol dengan AS dan enggan memberikan kerjasama dengan mana-mana pihak hatta pihak yang bersimpati dengan mereka sekali pun. Mereka menutup pintu dari dunia luar secara rapat.  Namun tidak Iran. Sejak dikenakan sekatan ekonomi oleh AS sejak beberapa tahun yang lalu, Iran gigih menjalinkan hubungan ekonomi, diplomatic malah ketenteraan dengan negara-negara di seluruh dunia. Dan dalam diam-diam turut menjalinkan kerjasama perniagaan dengan beberapa firma korporat AS disebalik sekatan dan halangan ekonomi. Jadi sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Iran dijangka akan gagal dalam usaha menghalang usaha Iran dari meneruskan program nuklear mereka. Sekatan ekonomi mungkin memberikan impak namun tidak seteruk seperti yang dijangkakan. Dengan kebijaksanaan Iran melakukan aktiviti import-eksport mereka secara senyap dan rahsia, mereka juga mendapat sokongan dari negara-negara yang tidak sebulu dengan AS seperti Cuba dan Venezuela sementara dua buah kuasa besar iaitu Russia dan China pula mempunyai kepentingan ekonomi yang sangat besar dengan Iran dan mereka tidak akan menurut kehendak AS dengan membabi buta.

Peranan Iran sebagai pengeksport minyak kedua terbesar ke Eropah juga menjadikan sekatan ekonomi ke atas mereka agak sukar untuk dipatuhi negara-negara terlibat. Walaupun Arab Saudi menyatakan akan menambah eksport minyak ke Eropah namun ada negara-negara EU yang bergantung harap terhadap minyak Iran. Antaranya Netherland, Perancis, Sepanyol, Greece, Portugal dan Italy. Namun, Italy dan Greece telah mengambil tindakan menghentikan import minyak mereka dari Iran dan apa yang terjadi ialah keadaan ekonomi mereka yang semakin buruk akibat kenaikan bahan bakar yang melambung.  Lalu tindakan yang sama tidak diambil oleh empat buah negara lain (sesuatu yang amat menyakitkan hati AS). Begitu juga dengan sekatan ke atas bank-bank antarabangsa Iran dan bank-bank yang berurusan dengan Iran. Bank-bank ini telah mencari jalan bagaimana mahu berurusan menggunakan jalan belakang kerana jumlah kerugian yang bakal mereka tanggung adalah amat besar sehingga mampu menjejaskan ekonomi negara-negara mereka sendiri. Dan dalam senyap kerajaan negara masing-masing mengizinkan urusniaga bank-bank ini dengan Iran.

Israel menyedari akan betapa tidak efektifnya sekatan ekonomi ke atas Iran walaupun cuba diyakinkan AS bahawa sekatan ekonomi ini akan memakan masa untuk memberikan kesan ke atas Iran namun Israel semakin tidak sabar. Mereka yakin Iran sedang cuba mengejar masa untuk membangunkan senjata nuklear mereka. Mereka yakin dalam tempoh setahun Iran akan mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 4 kepala peluru berpandu nuklear. Jadi Israel telah berusaha keras untuk menggesa AS agar bersetuju dan menyokong mereka dalam usaha untuk menyerang Iran. Israel dikatakan beria-ia mahu menyerang Iran kerana yakin Iran sedang cuba memindahkan pengkayaan uraniumnya serta operasi program nuklearnya ke fasiliti bawah tanah yang digelar sebagai zon imuniti di Fordo berhampiran Bandar Qom yang tidak akan terjejas jika mengalami serangan udara oleh Israel. Malah menurut sumber risikan menyatakan Israel akan melancarkan serangan tanpa terlebih dahulu memaklumkannya kepada pihak Amerika.

Namun kemungkinan Israel akan menyerang Iran adalah sesuatu yang tidak mungkin dilakukan. Ini berdasarkan kepada beberapa faktor:

1)    penganalisis pertahanan Israel menjangkakan serangan ke atas Iran akan gagal atau kalau sekiranya berjaya, Israel akan kemungkinan terpaksa membayar dengan harga yang tinggi. Perlu diingat, Idea Israel untuk menyerang Iran ialah dengan melancarkan serangan kilat yang akan melumpuhkan kekuatan ketenteraan Iran tanpa memanjangkan serangan tersebut sehingga membawa kepada peperangan yang berpanjangan. Dan itu adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan memandangkan kekuatan ketenteraan Iran yang berdiri secara tunggal (tidak bergantung pada negara-negara tertentu secara mutlak). Dan sebab ini Israel cuba untuk menangguhkan serangan ke atas Israel untuk meningkatkan keupayaan serangan dan pertahanan ketenteraan mereka.

2)    perbezaan pendapat dikalangan pihak pentadbiran dan pertahanan Israel sendiri berkenaan rancangan untuk menyerang Iran. Netanyahu dengan sokongan Ehud Barak adalah antara individu yang begitu kuat melobi bagi mendapatkan sokongan kabinet pada rancangan tersebut namun ketua turus Israel, Gabin Ashkenazi dan ketua Mossad, Meir Dagan membantah keras idea tersebut. Ini kerana terdapat percanggahan pendapat dikalangan mereka kerana pihak risikan Mossad percaya walaupun Iran berjaya menghasilkan kepala peledak nuklear, ia akan memakan masa sekurang-kurangnya lima tahun lagi sebelum ia boleh diaplikasikan sebagai peluru berpandu balistik. Selain itu, ketidak-sepakatan mereka juga mungkin berkait rapat dengan sebab ketiga yang dinyatakan dibawah.

3)    kurangnya sokongan dari sekutu kuat Israel sendiri iaitu Amerika Syarikat akan idea menyerang Iran. Amerika Syarikat dan Barack Obama sebenarnya tidak begitu menggemari idea untuk menyerang Iran bagi menyekat usah Iran memiliki kemampuan nuklear. Masih lagi menanggung kesan yang parah akibat perang di Iraq dan Afghanistan, Amerika seboleh-bolehnya mahu menjauhkan diri dari mana-mana konflik bersenjata. Ditambah lagi dengan situasi ekonomi di AS dan juga Eropah yang begitu menekan, sebarang konflik bersenjata boleh dianggap sebagai tanah jerlus yang akan menelan semua sumber kewangan dan mensia-siakan usaha pemulihan ekonomi yang telah dilakukan (lagipun pencerobohan di Afghanistan dan Iraq turut menyumbang kepada kemelesetan ekonomi AS dan Eropah). Malah hubungan di antara pemimpin Israel dengan Barack Obama yang tidak serapat sewaktu era Bush hanya menyukarkan lagi Israel dalam mendapatkan sokongan dari AS dalam hal ini. Rumah Putih juga telah memberikan peringatan yang keras tidak akan bertanggungjawab akan sebarang kesan ke atas Israel sekiranya Israel bertindak secara bersendirian tanpa terlebih dahulu memaklumkannya kepada AS. Ada juga khabar-khabar angin yang menyatakan Israel sedang menantikan pilihanraya presiden AS yang akan datang dan yakin parti Republikan akan kembali ke Rumah Putih dan republican akan lebih mudah diyakinkan untuk memberikan sokongan terhadap hasrat mereka berbanding Demokrat dan Barack Obama.

Jadi jelas sekali Israel tidak akan bertindak selagi mana mereka tidak mendapat jaminan sokongan daripada AS. Israel mampu menyerang Iran dan memusnahkan pusat operasi program nuklearnya namun Israel tidak akan mampu menghadapi kesan dari serangan tersebut. Sudah tentu kesan dari serangan tersebut akan menggoyahkan lagi ekonomi dunia yang sudah sedia lemah. Jadi, negara-negara Eropah tidak akan memberikan sokongan malah akan menghentam Israel. Antaranya ialah Britain, sekutu paling kuat Israel di Eropah juga telah memberikan peringatan agar Israel tidak bertindak sewenang-wenangnya. Bererti Britain sudah pasti akan menjauhkan diri sekiranya Israel meneruskan juga hasratnya menyerang Iran tanpa mendapat restu dari AS. Israel juga belajar dari sejarah separtimana  perang Suez pada 1956 yang dimenangi oleh Israel, telah ditentang oleh pentadbiran Eisenhower menyebabkan mereka dipinggirkan diperingkat antarabangsa.

Juateru, Israel hanya mampu bertindak secara halus dengan menggunakan proksi-proksinya yang cuba menjatuhkan Ahmadenijad. Mossad dikatakan telah memberikan bantuan teknikal dan taktikal kepada pergerakan pengganas Iran iaitu People Mujahedin of Iran atau MEK yang dikatakan bertanggungjawab menyebabkan program nuklear Iran terbantut akibat serangan virus computer dan juga pembunuhan saintis-saintis nuklear Iran. Namun Iran juga turut melakukan perkara yang sama apabila membekalkan senjata kepada pihak Hezbolah dan Hamas dalam usaha mereka menyerang Israel. Jelas sekali kedua-dua belah pihak tidak begitu mendambakan peperangan malah menyedari kesan buruk yang akan menimpa kedua-dua belah pihak sekiranya perang meletus akibat serangan Israel ke atas Iran. Namun selagi mana Iran berkeras untuk meneruskan program pengkayaan uraniumnya dan Israel berkeras untuk menghalang Iran dari menjadi kuasa baru nuklear dunia, hanya masa yang akan menentukan samada perang Israel-Iran ini akan tercetus. Dan sekiranya ia tercetus, maka kita di dunia sebelah sini akan turut terkena tempiasnya

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...