Rabu, 27 Februari 2013

Politik Di Iran

0 ulasan
Situasi Politik Di Iran

Selepas Revolusi Iran, politik Iran mengalami keributan akibat Perang Iran Iraq, perebutan kuasa politik dan juga kondisi ekonomi yang terjejas teruk. Iran juga mempunyai hubungan yang keruh dengan Amerika selepas revolusi itu berikutan penawanan kedutaan Amerika di Teheran oleh sekumpulan mahasiswa Iran. Pada hari ini, Switzerland bertanggungjawab menjadi perwakilan Amerika di Iran.

Pemimpin Agung

Rencana utama: Pemimpin Agung Iran

Pemimpin Agung Iran bertanggung jawab terhadap kebijakan umum Republik Islam ini. Beliau juga merupakan ketua pasukan bersenjata Iran dan juga mempunyai kuasa mengisytiharkan perang. Tanggung jawab lain pula ialah sebagai ketua kehakiman, ketua rangkaian radio dan televisyen, dan juga berkuasa melantik enam daripada dua belas ahli Majlis Wali Iran. Pemimpin Agung dilantik oleh Majlis Pakar dan majlis ini juga berkuasa memecat beliau. Selain itu, Majlis Pakar juga bertanggung jawab mengawasi kerja-kerja Pemimpin Agung.

Kuasa Eksekutif

Rencana utama: Presiden Iran

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Iran, Presiden Iran adalah orang kedua tertinggi dalam kerajaan Iran. Presiden Iran dilantik melalui pilihan raya umum dan akan menjalankan tugas selama empat tahun. Semua rakyat Iran yang berumur 18 tahun dan ke atas berhak mengundi untuk presiden. Setiap calon presiden pula haruslah mendapat kelulusan daripada Majlis Wali Iran sebelum menjalankan tugas. Tanggung jawab presiden pula ialah memastikan perlembagaan Iran dilaksanakan dan juga melaksanakan kuasa eksekutif kecuali bidang kuasa yang berhubung terus dengan Pemimpin Agung. Presiden juga mempunyai kuasa melantik dan mengawasi ahli-ahli kabinet, membuat keputusan bagi pihak kerajaan, dan juga meluluskan beberapa kebijakan kerajaan sebelum dibawa ke badan perundangan. Sehingga ke hari ini, terdapat 10 timbalan presiden berkhidmat dibawah presiden dan juga terdapat 21 menteri bertugas dibawah pimpinan presiden dan perlantikan mereka haruslah mendapat kelulusan badan perundangan. Tidak seperti republik-republik lain, Presiden Iran tidak mempunyai kuasa dalam pasukan bersenjata walaupun beliau berkuasa melantik Menteri Pertahanan dan Perisikan dan perlantikan ini haruslah mendapat kelulusan Pemimpin Agung.
Read more...

Ekonomi Negara Iran

0 ulasan
Ekonomi Negara Iran


Ekonomi Iran adalah campuran Ekonomi Perancangan Berpusat dengan sumber minyak dan perusahaan-perusahaan dimiliki kerajaan, dan juga terdapat beberapa perusahaan-perusahaan yang dimiliki oleh swasta. Pertumbuhan ekonomi Iran adalah stabil semenjak dua abad yang lalu.

Iran adalah Negara yang mempunyai minyak dan perusahaan-perusahaan besar, tanah pertanian, perusahaan swasta dalam skala kecil, dan juga pelayanan jasa. Pemerintah Iran selalu berusaha untuk menstabilkan ekonomi Iran secara terus menerus selama lebih dari dua puluh tahun. Walaupun demikian, masalah inflasi dan pengangguran masih terus berlanjut.

Pelbagai kemajuan ataupun kemunduran yang dialami Republik Islam Iran terutama dalam bidang ekonomi, yang mana merupakan alat pengukur transformasi kepada negara Iran terutama setelah kemenangan Revolusi Islam. Negara Iran meskipun sangat kaya minyak dan gas, namun ia dikenali sebagai Negara yang berekonomi rendah dan Negara pengimport utama dunia.

Di samping itu, pemimpin yang bertukar ganti telah menjadikan negara Iran semakin maju dari tahun ke tahun. Pemimpin yang banyak memberi pengaruh besar dalam meningkatkan ekonomi negara Iran adalah Mahmoud Ahmadinejad iaitu pemimpin negara Iran yang ke-sembilan yang diangkat pada tahun 2005.

Pada awal abad ke-21, peratusan sektor perkhidmatan dalam pengeluaran negara kasar bagi negara Iran adalah yang tertinggi, diikuti dengan perlombongan dan pertanian. 45% daripada belanjawan negara adalah hasil perlombongan minyak dan gas asli, dan 31% pula adalah dari cukai. Pada tahun 2004, Pengeluaran Negara Kasar Iran dianggarkan sebanyak $163 bilion atau $2,440 per kapita.

Rakan dagangan Iran pula adalah China, Rusia, Jerman, Perancis, Itali, Jepun dan Korea Selatan. Manakala, semenjak lewat 90-an, Iran mula meningkatkan kerjasama ekonomi dengan beberapa negara membangun termasuklah Syria, India dan Afrika Selatan.
Read more...

Jjihad Ali, Syiah Imamiyah Dan Rezim Iran Yang Kejam [Video]

0 ulasan
Jjihad Ali, Syiah Imamiyah Dan Rezim Iran Yang Kejam



Read more...

Khomeini Mengambil Alih Kuasa

0 ulasan
Ayatollah Khomeini adalah pemimpin dalam gerakan menentang Shah Mohammad Reza.
Khomeini Mengambil Alih Kuasa

Kini bermulalah fasa kedua revolusi Iran yang turut dikenali sebagai Revolusi Islam. Ketika zaman pemerintahan Shah, kesemua kumpulan revolusi yang terdiri daripada golongan agama, liberal, sekular, Marxist dan Komunis bergabung untuk menentang Shah Mohammad. Tetapi kini, setelah beliau ditumpaskan, ikatan ini dibubarkan.

Setiap kumpulan revolusi ini bersaing untuk pengaruh dan juga mempunyai intepretasi yang berbeza mengenai negara Iran yang dibentuk. Ketika tahun pertama revolusi, terdapat dua kuasa yang memerintah Iran iaitu kerajaan rasmi Iran dan kerajaan revolusi. Mehdi Bazargan, Perdana Menteri Iran yang dilantik oleh Khomeini (dari kumpulan revolusi) memperkenalkan sebuah kerajaan demokratik baru. Pada masa yang sama, dalam kerajaan Iran, Khomeini menubuhkan Majlis Revolusi yang ahlinya terdiri daripada para ulama yang menyokong beliau. Majlis ini semakin lama menjadi semakin berkuasa dalam kerajaan Iran sehinggakan kesemua keputusan kerajaan Iran ditentukan oleh badan ini.

Pada bulan Jun, Gerakan Kebebasan membentuk sebuah draf perlembagaan yang menjadikan Iran sebuah Republik Islam. Draf ini turut merangkumi Majlis Pelindung yang mempunyai kuasa veto mengenai undang-undang bukan Islam. Walaupun begitu, Ayatollah Khomeini menolak draf ini dengan alasan bahawa kerajaan baru ini haruslah berdasarkan "100% undang-undang Islam".

Oleh itu, sebuah perlembagaan baru dibentuk oleh Majlis Pakar yang membentuk jawatan Pemimpin Agung untuk Khomeini. Kuasa Pemimpin Agung mengikut perlembagaan ini meliputi kuasa ketenteraan dan keselamatan, dan juga kuasa veto untuk calon politik. Turut dibentuk ialah jawatan Presiden. Kuasa presiden pula kurang meluas berbanding dengan Pemimpin Agung dan beliau akan dilantik melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap empat tahun sekali. Perdana Menteri Mehdi tidak bersetuju dengan perlembagaan baru ini kerana kekuasaan presiden yang terbatas, lalu beliau meletak jawatan.
Read more...

Pelbagai Peristiwa Semasa Revolusi Di Iran

0 ulasan
Ogos 1978: Serangan Pembakaran Abadan

Ketika keadaan Iran di dalam kekabutan, sebuah panggung wayang di Abadan, Panggung Wayang Cinema Rex Fire, dibakar menyebabkan 400 nyawa terkorban. Para revolusi menyalahkan SAVAK dan mendakwa badan itu bertanggungjawab terhadap kejadian ini. Mereka mendakwa kebakaran ini sengaja dilakukan untuk menjerat kumpulan revolusi Islam. Keesokannya, seramai 10,000 saudara mara mangsa korban berkumpul di majlis pengebumian sambil melaungkan bantahan mereka terhadap Shah Mohammad.

September 1978: Jumaat Hitam (Black Friday)

Pada bulan September, seluruh negara kini mengalami ketidakstabilan. Protes terhadap Shah menjadi rutin setiap hari. Shah Mohammad pula menguatkuasakan pemerintahan tentera dan melarang semua demonstrasi.

Pada hari Jumaat 8 September, sebuah rusuhan tercetus di Tehran. Kumpulan ulama mendakwa bahawa "ribuan nyawa dibunuh oleh kumpulan zionis". Kumpulan tersebut sebenarnya adalah etnik Kurdi dan jumlah korban pula adalah sekitar 700 nyawa. Sebuah mogok umum dilaksanakan pada bulan Oktober yang terus melumpuhkan ekonomi Iran dan menyebabkan banyak industri utama terpaksa diberhentikan. Pada tahap ini, "takdir Shah Mohammad Reza telah pun ditentukan.

Disember 1978: Protes Muharram

2 Disember 1978 :
Protes Muharram berlaku. Seramai 2 juta rakyat Iran memenuhi jalan-jalan di Tehran, sekitar Dataran Azadi. Protes adalah untuk mendesak Shah Mohammad turun takhta dan membenarkan Khomeini kembali semula ke Iran.
1979: Shah Melarikan Diri Dan Kejayaan Revolusi

16 Januari 1979 :
Shah Mohammad dan permaisuri beliau meninggalkan Iran atas nasihat perdana menteri beliau, Dr. Shapour Bakhtiar dan beberapa jam kemudian, semua simbol Shah Mohammad dirobohkan oleh penduduk awam. 

Dr. Shapour kemudiannya:

1-Membubarkan SAVAK

2-Membebaskan tahanan politik

3-Menjanjikan pilihan raya umum bebas dan membenarkan demonstrasi awam semula. 

Beberapa hari selepas itu, beliau membenarkan Ayatollah untuk pulang ke Iran. Beliau turut meminta agar kumpulan revolusi lain untuk memelihara semula perlembagaan Iran.

Februari 1979: Khomeini Pulang Ke Tehran

Pada 1 Februari, 1979, Khomeini pulang semula ke Iran. Kepulangan beliau disambut dengan meriahnya oleh ribuan rakyat Iran. Namun begitu, Khomeini tidak bersetuju dengan kerajaan Shapour menyebabkan berlakunya konflik bersenjata antara penyokong Khomeini (termasuklah beberapa bahagian tentera Iran) dengan penyokong Shapour. Penyokong revolusi-Khomeini dan tentera yang berpihak kepada revolusi mula menguasai balai polis, markas tentera dan mengedarkan senjata kepada penduduk awam. Pada 11 Februari, kerajaan Shapour kalah dalam konflik ini apabila Majlis Agung Tentera mengumumkan bahawa ia berpendirian neutral untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.
Read more...

Shah Meminta Bantuan Amerika

0 ulasan
Shah Meminta Bantuan Amerika

(1977) Perbincangan Shah Iran dengan Alfred Atherton, William Sullivan, Cyrus Vance, President Carter, dan Zbigniew Brzezinski

Shah Mohammad Reza Pahlavi kini berhadapan dengan situasi revolusi. Lantas, beliau meminta bantuan daripada Amerika untuk menyokong beliau. Amerika pula ketika ini memerlukan Iran kerana ia terletak di Teluk Parsi dan kaya dengan sumber minyak. Malahan, Iran bersempadan dengan Kesatuan Soviet menjadikannya sebuah lokasi yang strategik bagi Amerika kerana ia dapat menolong Amerika dalam Perang Dingin. 

Namun begitu, imej Shah Iran telah tercemar dengan polisi kerajaan beliau yang mencabuli hak asasi manusia. Duta Amerika ke Iran, William H. Sullivan, menyatakan bahawa Penasihat Keselamatan Amerika, Zbigniew Brzezinski "telah berulang kali menyakinkan Shah Mohammad Reza yang Amerika akan membantu beliau". Presiden Amerika ketika itu, Jimmy Carter didakwa telah gagal mengotakan janji Amerika ini. 

Pada masa yang sama, beberapa pegawai tinggi Amerika menyuarakan cadangan bahawa kepimpinan Iran haruslah digantikan bagi meredakan revolusi dan Shah Mohammad Reza haruslah turun takhtah. Tetapi rencana ini terbantut setelah Ayatollah Khomeini mengambil alih kuasa memerintah Iran.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...