Khamis, 7 Mac 2013

Pentadbiran Agama Islam Di Vietnam

0 ulasan
Pentadbiran Agama Islam Di Vietnam


Masjid Ho Chi Minh


  • Dalam hal ehwal pengurusan dan pelaksanaan pentadbiran agama Islam di Kemboja tidak juga menampakkan perancangan yang baik dan sistematik.


  • Hal ini disebabkan oleh masyarakat Islam baru terlepas daripada kezaliman rejim Khmer Rouge yang membawa banyak kemusnahan harta benda termasuk kitab-kitab pengajian Islam dan juga umat Islam terutama alim ulama dan cendikiawan.

Pengurusan Tertinggi Vietnam 


  • Proses pengurusan Islam tidak menampakkan sistematik – tidak ada keselarasan dan kurangnya bercorakkan secara formal.


Bil.
Pemegang
Peranan
1.
Mufti atau Changvang (dalam bahasa Khmer) -  Kamaruddin Yusof (Tuan Komri)

Melaksanakan pelbagai program dan hal-ehwal agama Islam
2.
Majlis Agama Islam Negeri / Kasuan Thomka
Menguruskan hal Isam di negeri (atau khaet Kampong Cham) masing-masing
3.
Imam (Mam dalam bahasa Cam)
Melaksanakan hal-ehwal berkaitan nikah-kahwin atau majlis agama di daerah atau srok dalam bahasa Khmer (peranannya sebagai Tok Kadi)
4.
Hakim ( Kem dalam bahasa Cam)
-   Peranan penting dalam setiap kampung
-   Terdapat pembantu-pembantunya yang mempunyai tugas masing-masing

Organisasi Cham Muslim Community:

Presiden :
Jagues Krya

Naib Presiden (hal – ehwal luar) :
Amine Sales

Naib Presiden (hal – ehwal Dalam) :
Dusoh Mustapha

Bendahari :
1. Gozali Mu
2. Abutalep Mach

Setiausaha :
Solaymal

Hubungan Awam :
Musa Muhammad

Pemuda :
Mohammad Sales

Pengurusan Harta :
Taha Sales

Sistem Pentadbiran Zakat, Wakaf Dan Baitumal

Ditadbirkan oleh ahli-ahli agama dan profesioanal yang jujur dan berkualiti
Peranan : Memperluaskan kutipan zakat dari masyarakat setempat, bangsa Ca, yang menetap di luar negara dan juga masyarakat yang lain dari negara-negara berada yang ingin menunaikan zakat mereka kepada masyarakat Islam di Kemboja



(Pembangunan Ekonomi Masyarakat Cam Di Kemboja – Jamil Osman & Nik Asari Mohd. Ali)

Read more...

Jumaat, 1 Mac 2013

Kampung Muslim Di Vietnam [Video]

0 ulasan
Kampung Muslim Di Vietnam. Sedikit coretan berkaitan islam di Vietnam... [versi indonesia]



Read more...

Khamis, 28 Februari 2013

Vietnam Dan Kerjasama Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

0 ulasan
Vietnam Dan Kerjasama Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

Kemboja dan Vietnam yang mempunyai penduduk minoriti Muslim perlu diberi perhatian dan bantuan terutamanya dari sudut keperluan pendidikan. Ini adalah maklumat dan pengalaman yang dikongsi bersama oleh dua pegawai dari Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) dan sebelas peserta Kursus Imam Kemboja dan Vietnam 1/2009 anjuran RISEAP dalam pertemuan di Jakim pada 15 Julai 2009 Masihi bersamaan 22 Rejab 1430 Hijrah.
 


Kursus yang melibatkan imam-imam dari kedua-dua buah negara ini merupakan inisiatif dan hasil usaha RISEAP dalam mengembangkan dakwah dan sumbangan dalam bentuk pendidikan di negara minoriti Islam ini. Pertemuan diadakan di Dewan Syura, Aras 9, Jakim dan dipengerusikan oleh Haji Awang Khalid bin Mat Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa. Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah wakil-wakil Bahagian Jakim.
 

Dalam pertemuan tersebut, anggota delegasi didedahkan dengan peranan dan fungsi Jakim secara menyeluruh menerusi persembahan video korporat Jakim versi bahasa Melayu. Semasa sesi dialog, kedua-dua pihak berkongsi maklumat dan pengalaman tentang pengurusan hal ehwal Islam di negara masing-masing. Selain itu, perbincangan dua hala mengenai isu semasa dunia Islam terutamanya berkaitan bantuan kepada umat Islam di negara minoriti penduduk yang beragama Islam turut mengambil tempat.

Di akhir majlis, kedua-dua pihak mengharapkan jalinan kerjasama yang lebih erat khususnya dalam hal ehwal agama Islam dapat dijana dan diteruskan pada masa hadapan.
Read more...

Komuniti Islam Di Vietnam

0 ulasan
Komuniti Islam Di Vietnam.

Tidak dapat dipastikan bilakah tarikh sebenar islam mula tersebar ke Vietnam. Namun menurut penduduk tempat, agama islam tiba di Vietnam sebelum islam tiba di China sewaktu zaman pemerintahan dinasti Tang (618M-907M). Islam diperkenalkan dan disebar secara meluas oleh pedagang dari dunia islam yang berdagang di sepanjang bandar pesisir pantai Vietnam. 

Sebuah Masjid Komuniti Islam di Vietnam.

"Setelah melalui selat Melaka, dikenali oleh pedagang arab sebagai Salaht (Selat), pedagang arab terus melalui Pulau Tioman. Setelah itu melalui seluruh Thailand dan indo-china, mereka berhenti di sebuah pelabuhan yang dinamakan pelabuhan Sanf, sebuah pelabuhan di empayar pemerintahan kerajaan Champa di perairan timur, kemudian mereka tiba di sebuah pulau di perairan tersebut yang dikenali sebagai Sanf Fulaw (disebut sebagai "Sandar Fulat" oleh pedagang arab). Daripada pulau tersebut, mereka membuat pusingan di sekitar teluk Tongking dan ke Hanoi, yang dikenali pedagang arab sebagai Luqin. Setelah itu mereka menuju ke destinasi terakhir iaitu Canton, yang digelar oleh pedagang sebagai Khanfu."

Apa yang dapat dipastikan adalah pada kurun ke-11, Islam telah bertapak di Vietnam berdasarkan penemuan 2 batu nisan kubur milik masyarakat muslim Champa, yang bertarikh awal kurun ke-11.
 
Komuniti Islam di Vietnam, Seiras Masyarakat Islam Melayu Malaysia.

Sebelum meneruskan perbicaraan kita mengenai islam di Vietnam, kita seharusnya menyelusuri susur-galur masyarakat Champa itu sendiri. Kerajaan Champa telah diasaskan pada kurun ke-2 masehi dan rekod terakhir yang ditemui menunjukkan tamadun Champa bertahan sehingga kurun ke-17. Kawasan penempatan mereka terbentang luas di bahagian tengah daratan yang sekarang merupakan kawasan/wilayah Vietnam moden iaitu meliputi Hoành Sin massif (Müi Run) di bahagian utara sehingga Phan Thitt (Müi Kê Gà) di kawasan paling selatan. Penduduk kawasan ini merupakan kaum Melayu-Polynesia dengan bercirikan tradisional sara diri. 

Setibanya islam di champa, ramai masyarakat Champa mengadaptasikan islam ke dalam kehidupan mereka. Sementalahan pula, sekitar diantara tahun 1607M dan 1676M, salah seorang raja Champa telah memeluk islam dan menjadi seorang Muslim yang telah menyebabkan ramai rakyat Champa turut menuruti agama raja mereka iaitu Islam.

Selepas berkurun pemerintahan raja Champa, perlahan-lahan kawasan empayar raja champa mengecil akibat ditawan satu persatu sehinggalah akhirnya pada akhir kurun ke-17, seluruh empayar champa telah ditakluki raja Vietnam dan budaya hidup Vietnam kembali bertapak. Sewaktu penaklukan oleh raja Vietnam iaitu Minh Moung, ramai masyarakat islam champa telah ditindas dengan zalim kerana berlainan anutan. Untuk memastikan kelangsungan kehidupan islam masyarakat Champa, Raja Muslim terakhir Champa iaitu Pô Chin, mengambil keputusan mengumpulkan seluruh masyarakat islam champa termasuk di kepulauan dan tanah besar untuk berhijrah ke selatan kemboja (Cambodia). Dan dari situ mereka terus berhijrah sehingga ke kawasan negeri Terengganu moden sekarang. Kawasan yang didiami mereka sehingga kini masih wujud dan dikenali sebagai Kampung Cham.

Namun masih terdapat beberapa keluarga muslim champa yang tidak berhijrah dan masih menetap di sepanjang sungai Mekong di Vietnam. Dianggarkan terdapat 13 keluarga yang tidak berpindah dan kekal menetap di sana. Tahun demi tahun berlalu, guru agama di sana semakin berkurangan dan akhirnya saki-baki masyarakat islam di sana telah mengambil inisiatif dengan menghantar anak-anak muda mereka mendalami ilmu agama islam dan syariat di negeri Kelantan (Malaysia). Setelah selesai mendalami ilmu agama, mereka terus pulang untuk mengajarkan ilmu agama di kampung halaman yang berjumlah 13 buah kampung itu. Seramai 13 keluarga yang tidak berhijrah tadi telah membentuk 13 buah kampung berasingan yang saling tolong-menolong antara mereka akibat dipinggirkan kerajaan mereka sendiri. Selain itu, hubungan yang rapat antara pedagang islam yang berdagang di kawasan pelabuhan Sungai Mekong telah menyebabkan mereka mendapat sokongan moral dan ilmu dari pedagang muslim tersebut.
 
Naskah Al-Quran Tulisan Tangan Yang Menjadi Bacaan
Komuniti Islam Di Vietnam

Selain masyarakat islam Champa, terdapat juga komuniti islam kaum Vietnam. Selepas 30 April 1975, Sewaktu ramai komuniti islam di Vietnam berada di bawah kekuasaan rejim komunis yang kejam, terdapat bilangan yang besar komuniti islam Vietnam yang telah berpindah dan berhijrah ke negara lain akibat kekejaman rejim komunis vietnam. Kebanyakan mereka kini menetap di Amerika, Perancis, Malaysia, India, Kanada dan sesetengahnya di Australia.

Terdapat 3 jenis kaum di Vietnam yang menganut agama islam :

1. Muslim Champa: Mereka merupakan antara kaum asli Vietnam yang memeluk islam secara keseluruhanya dan memiliki pemerintahan sendiri sebelum diserang raja Vietnam.

2. Muslim perkahwinan campur: Mereka merupakan kelompok islam champa yang menganut islam dan berkahwin campur dengan bangsa lain seperti Arab, India, Indonesia, Malaysia and Pakistan.Mereka turu berkahwin diantara sesama orang Vietnam yang telah memeluk islam. Mereka membentuk kelompok kedua terbesar dalam keseluruhan komuniti islam Vietnam.

3. Orang Vietnam Masuk Islam: Mereka (masyarakat Vietnam) telah tertarik dengan peribadi pedagang islam yang datang ke pelabuhan mereka. Mereka secara sukarela telah mempelajari mengenai islam dan akhirnya dengan rela hati menganut agama islam. Sebagai contohnya sebuah perkampungan di Tân Bzu dalam wilayah Tân di mana seluruh penduduk di pekampungan itu secara rela hati memeluk agama islam.
Read more...

Rabu, 27 Februari 2013

Majlis Pakar

0 ulasan
Majlis Pakar
Majlis Pakar

Majlis Pakar berhimpun setiap dua hari setahun selama dua hari. Ahlinya adalah kumpulan ulama yang dilantik oleh rakyat Iran untuk berkhidmat selama lapan tahun. Berdasarkan undang-undang Iran, calon untuk untuk majlis ini perlulah menjalani sebuah ujian bertulis untuk menguji kemampuan mereka dalam ijtihad. Majlis ini berkuasa melantik pemimpin agung dan juga berkuasa untuk memecat beliau pada bila-bila masa sahaja.

Parti-Parti Politik Dan Pilihan Raya

Pada pilihan raya 2004, Menteri Hal Ehwal Dalaman Iran mengumumkan hanya lima puluh peratus penduduk Iran yang mengundi. Kehadiran yang paling rendah dalam sejarah Republik ini. Majlis Wali pula mengumumkan kehadiran adalah sekitan enam puluh peratus. Calon konservatif memenangi undi majoriti (156 kerusi), calon reformasi menerima 40 kerusi iaitu 40% undi dan calon bebas memenangi 34 kerusi.

Pentadbiran Wilayah

Iran mempunyai 30 wilayah iaitu Ardabil, Azarbayjan-e Gharbi, Azarbayjan-e Sharqi, Bushehr, Chahar Mahall dan Bakhtiari, Isfahan, Fars, Gilan, Golestan, Hamadan, Hormozgan, Ilam, Kerman, Kermanshahan, Khorasan Utara, Khorasan, Khorasan Selatan, Khuzestan, Kohkiluyeh dan Buyer Ahmad, Kordestan, Lorestan, Markazi, Mazandaran, Qom, Qazvin, Semnan, Sistan va Baluchestan, Tehran, Yazd, dan Zanjan. Setiap wilayah diperintah oleh seorang gabenor dan dibahagikan kepada beberapa daerah, mukim dan kampung.


Read more...

Badan Perundangan Iran

0 ulasan
Majlis Parlimen Iran

Badan Perundangan

Badan perundangan Iran adalah berbentuk tunggal. Sebelum Revolusi Iran, badan perundangan ini terdiri daripada dua dewan utama, tetapi Dewan Senat Iran dibubarkan menerusi perlembagaan baru Iran.

Majlis (Parlimen)

Majles e-Shura Eslami (Majlis Syura Islam), mempunyai keahlian seramai 290 orang yang dilantik menerusi pilihan raya setiap empat tahun sekali. Kesemua ahli-ahli parlimen haruslah mendapat kelulusan Majlis Wali Iran.

Majlis Wali

Rencana utama: Majlis Wali Iran

Majlis Wali terdiri daripada 12 pakar undang undang termasuklah enam ulama yang dilantik oleh Pemimpin Agung. Enam pakar undang-undang lain diundi oleh parlimen Iran yang dinamakan Majlis dan keenam-enam mereka dicalonkan oleh Ketua Kehakiman Iran. Majlis ini menafsirkan perlembagaan Iran dan bisa menolak rang undang-undang yang diluluskan parlimen yang dianggap tidka sesuai dengan perlembagaan atau undang-undang Syariah. Rang undang-undang ini kemudiannya akan dirujuk semula di parlimen.

Majlis Penyesuaian

Majlis Penyesuaian Iran bertanggung jawab untuk menyelesaikan perselisihan antara Parlimen Iran dengan Majlis Wali Iran. Ia juga bertindak sebagai badan penasihat kepada Pemimpin Agung dan secara tidak langsungnya menjadi badan yang paling berpengaruh dalam pentadbiran negara.


Badan kehakiman

Pemimpin Agung Iran berkuasa melantik ketua kehakiman negara. Ketua kehakiman pula berkuasa melantik ketua hakim mahkamah agung Iran dan juga ketua pendakwa raya awam. Terdapat beberapa jenis mahkamah di Iran dan ia terbahagai kepada dua kumpulam iaitu mahkamah awam yang mengendalikan kes-kes jenayah umum, dan kedua ialah mahkamah Revolusi yang mengendalikan kes-kes mengenai keselamatan negara. Keputusan mahkamah Revolusi adalah tetap dan tiada permohonan semula dibenarkan. Terdapat juga mahkamah untuk ulama yang melanngar undang-undang negara. Mahkamah ini secara praktiknya adalah bebas dan hanya menerima arahan dari pemimpin agung. Sepeti mahkamah Revolusi, keputusan mahkamah ini adalah tetap dan tidak boleh diubah.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...